Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ and games, (colloq) main-main: haven’t you had enough ~ and games yet?, tak puaskah kamu main-main lagi?; figure of ~, bahan ketawa; for ~, for the ~ of it, utk /seronok-seronok, suka-suka/; in ~, melawak: it was said in ~, but Rahim took it seriously, dia melawak saja berkata begitu, tetapi Rahim menganggapnya serius; make ~ of, poke ~ at, mentertawai, mengetawai: he continually poked ~ at me, dia tdk habis-habis mentertawai saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : have ~, berseronok-seronok: let’s have some ~, mari berseronok-seronok; 2. source of amusement, keseronokan, seronok, menyeronokkan: snooker is such ~, main snuker sungguh menyeronokkan or seronok betul main snuker or main snuker betul-betul satu keseronokan; we found your friend great ~, kami seronok bersama kawanmu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. amusement, gaiety, keseronokan, seronok: the holiday was great ~ for us all, percutian itu ialah satu keseronokan bagi kami semua; there’s no ~ in going on your own, tdk seronok pergi sendirian; we had such ~ at the carnival, kami seronok betul di pesta itu; get some ~, mendapat keseronokan, seronok: they should get some fun out of the trip, mereka harus seronok menyertai rombongan itu; be full of ~, (of person) seronok bersama sso: the children love him because he is full of ~, budak-budak menyukainya krn mereka seronok bersamanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fun

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah istilah berikut betul dalam Bahasa Malaysia: "Hor Fun" = Hor Fun "Fried Wantan" = Wantan Goreng Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi hor fun ialah kuetiau dan perkataan wantan goreng adalah betul.Tatabahasa12.01.2017
Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'fun raising department'?Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengikut data kami, tiada maklumat  untuk terjemahan kata "
fun raising department". Mohon penjelasan maksud perkataan "fun". Adakah "fun' yang dimaksudkan ialah keseronokan atau "fund" yang bermaksud dana?

Terima kasih.
Makna05.01.2018
Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"?Fun Run = Larian RiaMakna02.10.2018
Assalamualaikum, Boleh tolong terjemahkan ayat berikut kepada bahasa melayu? Terima kasih 1) Malaysia Entertainment Capital: The perfect integration of fun, outlet shopping and food haven with excellent connectivity. 2) Holiday fun meets shopping haven: Malaysian & tourist most sought-after entertainment capital.Wa alaikumussalam. Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila berhubungan dengan ITMB 03-41451800 atau PPM 03-21442506Penyemakan dan penterjemahan10.09.2014
Adakah terdapat perbezaan antara 'seronok' dengan 'menarik'? Kalau ada, apakah perbezaannya? Adakah kedua-dua perkataan ini sama dengan 'have fun' dalam bahasa Inggeris? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "have fun" ialah berseronok-seronok. "Menarik" mempunyai beberapa padanan bahasa Inggeris seperti "attractive, interesting,striking dan lain-lain bergantung pada konteks penggunaan., ". 
Makna12.08.2016
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024

Kembali ke atas