Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsinya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan tanda baca dan fungsinya dalam bahasa melayuTanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.Lain-lain08.06.2007
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi'Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
Tatabahasa15.02.2012
apakah definisi hasil bukan cukai?dan terangkan fungsinya...dan terimaan bukan hasil?terangkan fungsi nya...Hasil bukan cukai merujuk kepada pendapatan yang diperoleh bukan melalui cukai yang dikenakan kepada  orang ramai.Makna18.10.2010
tuan/puan, boleh tak jelaskan diksi dan fungsinya dalam sastera secara terperinci. Sekian, terima kasuh

Diksi dalam maksud yang mudah ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak.

Lain-lain14.02.2010
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004Lain-lain13.09.2007
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa melayu korporat, ciri-cirinya, fungsinya, kesan dan contoh.Bahasa melayu korporat biasanya dikaitkan dengan penggunaan dalam situasi rasmi. Bagi membantu saudara mendapat pelbagai lagi maklumat lanjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk buku Perancangan Bahasa Melayu karya Prof.Dr.Haji Awang bin Sariyan atau mengunjungi laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik ke katalog awam dalam talian. Saudara akan memperoleh maklumat berkaitan soalan ini. Terima kasih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain17.10.2006
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
SAYA INGINKAN PENCERAHAN, APAKAH MAKSUD LAMAN WEB PRPM DARI SUDUT FUNGSINYA DALAM PENDIDIKAN? APAKAH PERANAN LAMAN WEB INI DALAM DUNIA ICT PENDIDIKAN?Laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Puan Norawati melalui e-mel norawati@dbp.gov.my atau di talian 03-21479000.
Lain-lain18.04.2014
Salam warga DBP, apakah POSTAG yang sesuai untuk perkataan yg mengandungi affixes + '-nya'. Kalau perkataan: /fungsinya/,/komposisinya/ kejayaannya ditagkan ke dalam NNG (Genitive Common nouns) bagaimanapula dengan perkataan: mengharunginya, terhadapnya, membahagikannya, dibentangkannya, dimaksudkannya Penerangan dari pihak DBP sangatlah diperlukan dan saya hargai. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada data berkenaan dengan POSTAG.Lain-lain02.11.2016
123456789

Kembali ke atas