Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.sio.nal] | فوڠسيونل

Definisi : yg mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH YANG DIKATAKAN TATABAHASA FUNGSIONALTidak ada maklumat terperinci tentang tatabahasa fungsional dalam pangakalan data kami. Untuk makluman awal antara ciri nahu tatabahasa fungsional ialah berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Tatabahasa22.03.2012
Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan fungsional (functional) dan formulasi (formulation). Jika tidak ada, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya. Terima kasih.Kata pinjaman fungsional dan formulasi sudah dimasukkan dalam Kamus Dewan edisi empat. Namun, bagi kat formulasi, ada perkataan Melayu yang sepadan, iaitu rumusan.Makna24.01.2007
1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional?1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.  2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif.Lain-lain09.09.2008
Saya Zulkiflee Aromat sedang belajar bahasa dasar di Universiti fatoni ingin DBP,Apakah maksud puisi lama Terima kasih

Puisi lama disebut juga sebagai puisi tradisional.
Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera22.09.2016
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasihPuisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional.

Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera08.09.2016
Saya Zulkiflee Aromat Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Universiti Fatoni.Ingin Bertanya DBP,Apakah Maksud puisi Lama TerimakasihPuisi lama dikenali sebagai puisi tradisional. 

Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Puisi tradisional bersifat kolektif, milik bersama masyarakat, tidak menyatakan nama penulis atau pengarang dan disebarkan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Sastera tradisional terbagai kepada puisi dan prosa. 

Sastera22.09.2016
Saya Zulkiflee aromat sedang berlajar bahasa melayu dasar di Universiti fatoni. Ingin bertanya DBP,apakah maksud puisi lama

 

Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera22.09.2016

Kembali ke atas