Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |
Saya Nik-Husnee Nik-Uma Saya inging mensoal Apakan makna furqon | Furqan daripada bahasa Arab yang bermaksud hal (benda) yang membezakan kebenaran daripada kepalsuan. | Makna | 28.10.2015 |
sayu pelajar kelas dasar univesity fatoni ingin pertanya tata bahasa Quran | Ejaan yang betul ialah "al-Quran" , iaitu kitab suci agama Islam. Al-Quran juga mempunyai nama lain, seperti al-Furqan, al-Kitab dll. | Istilah | 09.04.2015 |
Saya ada beberapa soalan berkaitan beberapa bentuk ejaan perkataan. 1. Bagaimanakah huruf ketiga jawi (ث) di eja? Adakah dieja sebagai tsa' atau stha? 2. Bentuk ejaan perkataan Arab, contoh seperti: a. al- Quranul Karim atau al-Quran al-Kareem? b. 'alaikum atau a'laikum? (huruf ع -bagaimana dirumikan?) c. haba am-mansura atau haba-an mansura?(Surah Furqan: 23) Harap soalan saya jelas dan mudah difahami. Mohon bantuan. | 1. Sebutannya - tha 2. Al-Quranul Karim 3. alaikum Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun tidak ada contoh penulisan sebutan ayat Al-Quran dalam pangkalan data kami. | Ejaan | 12.05.2014 |
Muhammad Muhaimin Salam. Saya ada beberapa soalan berkaitan beberapa bentuk ejaan perkataan. 1. Bagaimanakah huruf ketiga jawi (ث) di eja? Adakah dieja sebagai tsa' atau stha? 2. Bentuk ejaan perkataan Arab, contoh seperti: a. al- Quranul Karim atau al-Quran al-Kareem? b. 'alaikum atau a'laikum? (huruf ع -bagaimana dirumikan?) c. haba am-mansura atau haba-an mansura?(Surah Furqan: 23) Harap soalan saya jelas dan mudah difahami. Mohon bantuan. Sekian Terima kasih | 1. Sebutannya - tha 2. Al-Quranul Karim 3. alaikum Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun tidak ada contoh penulisan sebutan ayat Al-Quran dalam pangkalan data kami. | Ejaan | 12.05.2014 |
Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53). | Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2025 |
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Nama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah. | Ejaan | 15.04.2020 |