Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih. | Kamus Dewan memberikan makna "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat mencicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia. | Makna | 03.02.2014 |
Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sama erti dengan 'makan malam' dalam bahasa serumpun melayu | Bahasa sukuan Sarawak menggunakan gabi untuk makan malam | Lain-lain | 23.09.2006 |
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasih | Perkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada. | Tatabahasa | 07.05.2016 |
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasih | Makan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam. | Istilah | 25.01.2010 |