Didapati padanan dalam istilah bahasa melayu bagi 'mortgage property' adalah 'harta gadai janji'. Apakah padanan yang tepat bagi 'mortgage of an immoveable property'? Adakah terdapat istilah bagi perkataan ini? | Kami mencadangkan istilah "immovable property mortgage" diterjemahkan sebagai "gadai janji harta tak alih". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 17.08.2021 |
Asslamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)? Terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan ialah Takaful bertempoh gadai janji berkurang. Hal ini seperti yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.09.2019 |
Tuan/Puan, Perkataan yang betul adalah "menggadaikan janji" atau "menggadaijanjikan"? Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah menggadai janji yang bermaksud mencagarkan harta benda secara gadai janji kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) untuk mendapatkan pinjaman. | Lain-lain | 17.09.2021 |