Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis I

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemuda yang comel serta kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis belasan tahun di desa itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerkataan gadis tidak perlu digandakan. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
yang manakah tepat? i) apa nama gadis itu? ii) siapa nama gadis itu?

Saudara,

Yang tepat ialah "siapakah nama gadis itu?". 

Tatabahasa12.11.2010
Tarmizi telah jatuh hati pada gadis itu atau tarmizi telah jatuh hati kepada gadis ituAyat yang gramatis Tarmizi telah jatuh hati kepada gadis ituTatabahasa20.05.2012
a atau b yang betul: a) Gadis itu berenggang dari lengan Aisha. b) Gadis itu berenggang daripada lengan Aisha.Aya t yang betul ialah 'Gadis itu berenggang dari lengan Aisha.' Tatabahasa19.09.2011
1. Yang manakah satu yang betul bagi ayat pasif yang berikut? i) Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, ATAU ii) Buku itu cikgu/encik/gadis itu beli. Pendapat saya ialah seharusnya ayat i) yang betul kerana cikgu/encik/gadis itu sudah masuk dalam golongan kata nama am.Jawapan yang betul ialah Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, tetapi kata sapaan yang digunakan tidak sesuai. Ayat yang tepat ialah 1. Buku itu dibeli oleh Cikgu Ahmad, 2. Buku itu dibeli oleh Encik Abu, 3. Buku itu dibeli oleh gadis itu.Lain-lain10.06.2010
Sila pilih ayat yang betul, ayat 1 atau ayat 2 1.Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. 2.Ali begitu tertarik hati akan keayuan gadis itu.Ayat yang paling tepat ialah Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. Tatabahasa23.05.2011
Amirul terpikat dengan budi bahasa gadis itu dan berhasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Adakah ayet di atas salah? Jika salah, apakah kesalahan bagi ayat di atas dan apakah pembetulannya?Ayat ini betulTatabahasa26.03.2011
1) Adakah ayat di bawah ada kesalahan? - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal.Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal.Tatabahasa26.07.2013
Gadis itu yang bertudung putih anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Adakah ayat tersebut betul dan jika salah, mengapakah salah? Apakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah, Gadis yang bertudung putih itu anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Kelemahan yang utama ialah menggabungkan banyak ayat menjadi satu.Tatabahasa26.03.2011
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter JohnsonAyat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. Tatabahasa12.05.2008
12345

Kembali ke atas