yang manakah tepat? i) apa nama gadis itu? ii) siapa nama gadis itu? | Saudara, Yang tepat ialah "siapakah nama gadis itu?". | Tatabahasa | 12.11.2010 |
1. Yang manakah satu yang betul bagi ayat pasif yang berikut? i) Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, ATAU ii) Buku itu cikgu/encik/gadis itu beli. Pendapat saya ialah seharusnya ayat i) yang betul kerana cikgu/encik/gadis itu sudah masuk dalam golongan kata nama am. | Jawapan yang betul ialah Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, tetapi kata sapaan yang digunakan tidak sesuai. Ayat yang tepat ialah 1. Buku itu dibeli oleh Cikgu Ahmad, 2. Buku itu dibeli oleh Encik Abu, 3. Buku itu dibeli oleh gadis itu. | Lain-lain | 10.06.2010 |
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter Johnson | Ayat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah? | Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis yang mempunyai budi bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |