maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
gagah gemilang | dua kata | Tatabahasa | 18.05.2007 |
lelaki gagah adalah kuat | lelaki gagah semestinya kuat | Tatabahasa | 06.05.2011 |
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes? | 1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suai | Makna | 24.01.2007 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'megah' | Maksud megah ialah kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.09.2008 |
Kesatria atau kesateria | Kesateria ialah ejaan yang tepat yang membawa maksud perajurit yang gagah berani. | Ejaan | 09.08.2006 |
Bilakah yang sesuai menggunakan istilah 'mempersuami'. 'memperisteri', 'memperisterikan' dan 'memperisterikan'? | Mempersuami/memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu suami/isteri.Cth. Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang. Cth. pak tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. | Tatabahasa | 05.03.2008 |
adakah ayat ini betul. 1.Dia terasa gembira dan teruja. 2.terselit di akar kayu sebatang pokok yang tinggi. 3.wak Kerjo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. 4.Kejanya di laut,dia sangat kuat. 5.walaupun gagah mana ,takdir tidak boleh dielak. 6. Dia akan memberi makan terlebih dahulu pada anaknya sebelum membiar anaknya bersendiri dengan merantainya. | Keenam-enam ayat contoh yang diberikan kurang tepat. Sila pastikan penggunaan tanda baca yang betul dan penggunaan tatabahasanya juga betul. Contohnya: dalam ayat contoh pertama, penggunaan kata berasa lebih sesuai berbanding dengan perkataan terasa, manakala dalam ayat contoh kedua penggunaan kata sendinama pada yang betul, bukannya di. Untk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan. | Tatabahasa | 30.04.2012 |
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT | Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah: 1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan) 2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan) 3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan) 4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor) 5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211. Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk. | Lain-lain | 21.09.2011 |