Salam Satu Malaysia, Tuan, frasa 'gajet elektronik' diterima guna sebagai bahasa Melayu.Kalau ya, tolong berikan makna 'gajet elektronik'. Saya telah merujuk Kamus Dewan. Saya tidak temu perkataan 'gajet' tetapi dalam carian Google ada. Sekian, terima kasih. | Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. Oleh itu, frasa yang betul ialah alat elektronik atau alatan elektronik. | Istilah | 27.02.2017 |
Adakah perkataan 'gajet' dapat digunakan? | Perkataan gajet masih belum diterima lagi pada masa ini. Istilah yang sesuai untuk gajet ialah Alat Telekomunikasi. | Istilah | 28.10.2018 |
Adakah perkataan "gajet " boleh digunakan? | Perkataan gajet boleh digunakan selepas ejaannya disesuaikan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu. Perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut: gajet n alat atau peralatan yg berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak atau kepuasan sso: Anak-anak cepat meniru apa yg ditonton dlm video melalui gajet komunikasi spt tablet dan televisyen pintar. Ada pelbagai gajet yg boleh dibeli utk kegunaan dlm kereta bagi memudahkan kerja memandu anda. | Ejaan | 29.03.2023 |
Assalamualaikum. Apakah ejaan yang betul untuk gajet? Atau ada istilah bahasa Melayu yang lebih tepat untuk gajet? Terima kasih. | Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 27.12.2018 |
salam tuan, adakah perkataan GAJET atau GADJET boleh digunakan dalam pernyataan ini " MASALAH GAJET/GADJET DAN ANAK-ANAK ) ? JIKA saya tetap ingin menggunakan perkataan ini, bolehkah perkataan ini diletakkan dengan tanda (" ") atau Italic. | Tidak ada istilah gajet atau gadget, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 07.09.2015 |
salam tuan, adakah perkataan GAJET atau GADJET boleh digunakan dalam pernyataan ini " MASALAH GAJET/GADJET DAN ANAK-ANAK ) ? JIKA saya tetap ingin menggunakan perkataan ini, bolehkah perkataan ini diletakkan dengan tanda (" ") atau Italic. | Tidak ada istilah gajet atau gadjet, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Istilah | 07.09.2015 |
Salam tuan di talian, Apakah perkataan gajet boleh digunakan dalam Ayat contoh di bawah. 1. Banyak remaja kini memiliki gajet elektronik yang canggih walaupun harganya agak mahal. Sekian, terima kasih. | Tidak ada istilah gajet atau gadjet, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Istilah | 26.01.2012 |
Apakah terjemahan untuk "gadget"? Melalui carian, saya dapati gadjet diterjemahkan sebagai "alat", "peralatan". Tetapi istilah "gajet" sudah digunakan dengan meluas dalam akhbar dan banyak laman web. Bolehkah "gajet" ini digunakan secara rasmi dan didaftarkan dalam prpm/kamus. Istilah "alat" untuk "gadjet" mungkin kurang sesuai kerana "alat" digunakan juga utk equipmetn, tools, appliances dll. | Untuk makluman puan, perkataan gajet telahpun dirakamkan dalam kamus terbaharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Perdana (KDP). Berdasarkan KDP, gajet membawa maksud alat atau peralatan yang berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak dan kepuasan seseorang. Oleh itu, perkataan gajet boleh digunakan. Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi dan sekiranya sesuai dengan konteks ayat, kami mencadangkan penggunaan perkataan alat telekomunikasi yang membawa maksud alat sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit. | Makna | 21.07.2021 |
Salam Tuan di talian, 1. Saya ingin menggunakan perkataan gajet atau gadjet dalam penulisan karangan. Ejaan perkataan yang manakah yang betul? Ayat Contoh: Penggunaan gajet seperti MP4 sangat terkenal dalam kalangan remaja. Terima kasih. | Tidak ada istilah gajet atau gadjet, yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Ejaan | 12.01.2011 |
kata apakah yang sesuai digunakan bagi kata 'gajet' yang digunakan dengan meluas kini | Tidak ada istilah gajet (atau gejet), yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 11.05.2010 |