Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : wang sbg upah bekerja yg dibayar dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. penggajian hal, urusan dsb menggaji atau membayar gaji: Mereka sedang meneliti skim ~ baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaji

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Bermaksud :

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul, kadar baru gaji atau kadar gaji baruKADAR GAJI BARUTatabahasa04.02.2013
untuk tajuk - pelarasan gaji atau penyelarasan gajiUntuk maksud menyesuaikan dan memadankan, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimanpun dalam konteks yang dinyatakan bentuk yang lazim digunakan ialah "pelarasan gaji".Tatabahasa31.10.2011
Munsyi Gaji seorang guru baru ialah dua ribu atas. atau Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. TKGaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas.Tatabahasa16.07.2012
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......'Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ...Tatabahasa21.06.2012
Apakah kesalahan pada ayat ini? 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan.

1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. Ayat contoh ini betul.

 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. Ayat yang betul ialah - Kambing jantan itu ditambat pada pokok rambutan.

 

Tatabahasa19.06.2008
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awalIstilah05.04.2011
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gajiKamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa".Tatabahasa20.04.2012
cerakinkan ayat di bawah menjadi dua ayat; 1. Siswazah yang berpandangan jauh tidak memerlukan gaji yang tinggi.

 

 Sdr. Sol-Sweety, ayat ini boleh dicerakin seperti ini,

1. Siswazah yang berpandangan jauh.

2.  Siswazah tidak memerlukan gaji yang tinggi.

sekian terima kasih

Lain-lain21.04.2008
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih.i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan.

ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. 

iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut.
Kedua-dua ayat terebut betul.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.



1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217)
Tatabahasa21.11.2013
BOLEH DAPATKAN SAYA FOMAT SURAT KENAIKAN GAJI

Sdr Azura,

Surat kenaikan pangkat hendaklah mengandungi antaranya maklumat-maklumat seperti yang berikut:

- jawatan kenaikan pangkat

- pihak berkuasa melantik/meluluskan jawatan kenaikan pangkat

- tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat

- syarat-syarat kenaikan pengkat

- penempatan baru jawatan kenaikan pangkat

- pegawai yang perlu ditemui semasa melapor diri untuk kenaikan pangkat

- imbuhan dan faedah yang diberikan dalam jawatan kenaikan pengkat

- implikasi sekiranya menolak jawatan kenaikan pangkat.

 

Lain-lain19.08.2008
123

Kembali ke atas