makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannya | Konstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu. | Sastera | 27.04.2012 |
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih. | Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut: 1) Novel: Rentak Galur Nama penulis: Sarimah Othman Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang). No. E-mel: im-othman@yahoo.com 2) Novel: Epilog Sekeping Hati Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 012-2507498 No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com | Lain-lain | 28.05.2008 |
maksud salasilah & keluarga | Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan). | Makna | 24.03.2010 |
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu? | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 21.12.2006 |
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi. | salasilah Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan); salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang. | Makna | 05.11.2009 |
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan | Fungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar) | Lain-lain | 02.10.2006 |
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas? | Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran. | Lain-lain | 05.09.2007 |
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 01.12.2006 |
Selamat sejahtera. Saya ingin mengetahui perancangan bahasa dari segi korpus dan juga dari segi status pada masa kini.Apakah langkah yang telah diambil oleh DBP untuk memperkemaskinikan lagi perancangan bahasa di Malaysia? Harap tuan/puan dapat menolong saya dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu karya Awang Sariyan, Buku Tatabahasa Bahasa Melayu terbitan DBP atau buku Susur Galur Bahasa Melayu karya Asmah Haji Omar atau berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini. | Lain-lain | 12.09.2007 |
1. sila huraikan asal-usul bahasa melayu dan kategorinya. 2. apakah itu masalah artikulasi dan berikan contoh. 3. sila huraikan apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek dan laras bahasa, berikan contoh-contoh yang sesuai. Terima Kasih. | Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman). | Lain-lain | 25.09.2007 |