Apakah terjemahan bagi "gamer"? Conth ayat: Your gamer profile does not have the required details to purchase this game. Terima kasih. | Perkataan gamer tiada dalam rujukan kami. Berdasakan ayat yang diberikan, "gamer" merujuk kepada "player". Perkataan "player" diterjemahkan kepada "pemain". | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg ‘stalk’ anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: influencer: pempengaruh gamer: pemain stalker: pengintai maya spam/spammer: spam/penghantar spam Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram. | Istilah | 16.02.2020 |