Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganas;

Puisi
 

Buah papaya buah nanas,
     Masak sebiji seri gading;
Sungguh saya buaya ganas,
     Pilih juga darah dan daging.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah ayat betul: 1.Penjarakan sosial perlu diada semasa pkp sekarang 2.Penjarakan penjenayah itu kerana dia seorang yg ganas.Cadangan ayat betul ialah:
(i) Penjarakan sosial perlu diadakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). (ii) Penjarakan penjenayah itu kerana dia seorang yang ganas.
Tatabahasa22.07.2020
maksud kudetaMaknanya ialah rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sahMakna04.01.2010
Bolehkah kata kerja menerima suffix pronoun? Contoh ayat: 1. Harimau itu mengejarku dengan ganas. 2. Jam tangan itu milikku. Sila jelaskan perbezaan ayat 1 dan 2. TErima kasih.Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya.  Contohnya,  padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Tatabahasa26.05.2014
virtuous cycle vicious cyclePadanan istilah dalam bidang perubatan bagi vicious cycle ialah kitaran kejam, manakala dalam bidang sosiologi pula ialah lingkaran ganas.Makna04.08.2010
Apakah yang di maksudkan dengan fundamentalisme,terrorismeFundamentalisme ialah keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Terrorisme merujuk Kamus Ingeris-Melayu bermaksud keganasan, ganasMakna30.10.2008
Apakah yang dimaksudkan denagan fundamentalisme,Ekstrimisme dan Terrorisme.Fundamentalisme bermakna keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Ekstrémisme faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem. Terrorisme ialah keganasan, ganas. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2008
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya maksud yang tepat bagi "counter violent extremism"? Terima kasih

Waalaikumsalam,


Antara padanan yang dicadangkan ialah mencegah ekstremisme yang ganas
Makna15.04.2020
apakah maksud "sukan lasak"?

Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya.

Makna11.07.2009
Salam sejahtera, 1) Apakah kelas kata untuk perkataan 'minoriti'? Adjektif atau kata nama, atau boleh kedua-duanya? 2) Apakah kelas kata untuk 'minoriti' dalam frasa berikut: a) sekumpulan kecil minoriti yang ganas; b) pemegang saham minoriti di India dan China; dan c) mereka merupakan golongan minoriti di negara tersebut. Terima kasih.

1. Minoriti ialah kata nama

2. Jawapan untuk soalan a, b, c ialah minoriti merupakan kata nama.

Tatabahasa12.05.2010
Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'?Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.

Penyemakan dan penterjemahan16.12.2019
12

Kembali ke atas