Penggunaan kata 'GANDA' Sekali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda ... Contoh: Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun 2010 ialah 10 juta orang. Pada tahun 2020 jumlah mereka meningkat kepada 20 juta orang, iaitu n KALI GANDA berbanding dengan tahun 2010. Soalan saya, n ini sepatutnya SEKALI GANDA atau DUA KALI GANDA? Terima kasih. | DUA KALI GANDA | Makna | 21.09.2018 |
definisi kata nama ganda, kata adjektif ganda, kata kerja ganda.perbezaan ketiga-tiga jenis kata ganda | Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang. | Makna | 12.02.2008 |
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 27.02.2008 |
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
definisi dan perbezaan kata nama ganda,kata adjektif ganda,kata kerja ganda | Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Kata nama ganda seperti burung-burung, guru-guru. Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda.Kata sifat ganda seperti cantik-cantik,besar-besar. Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan. Kata kerja ganda seperti duduk-duduk,hidup-hidup. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 13.02.2008 |
Apa perbezaan antara sekali ganda dan dua kali ganda ? Kalau ikut kan , sekali ganda sepatutnya nilai yg sama (4x1=4 , 5x1=5 , 6x1=6) . While, dua kali ganda (4x2=8, 5x2=10, 6x2=12). Kenapa org start guna sekali ganda for dua kali ganda ? Maafkan saya, saya perlukan penerangan utk sejukkan hati yang selalu annoyed apabila baca headline "sekali ganda". Terima kasih :) | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (misa lannya empat menjadi lapan) | Makna | 21.04.2020 |
dalam kata ganda, terdapat jenis kata ganda berentak. Mohon terangkan tentang perkataan yang seperti kata ganda berentak tetapi bukan kata ganda? dan jelaskan sebabnya? contohnya, asal usul bukan kata ganda berentak kerana merupakan rangkai kata. harap dapat menerangkan tentang beberapa contoh lain. sekian, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. "Asal usul" ialah kata ganda kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna tersendiri. Kata ganda yang boleh berdiri sendiri tidak perlu tanda sempang, iaitu perkataan "asal usul" (kerana perkataan "usul" boleah berdiri sendiri).Lain pula halnya dengan perkataan "gunung-ganang" yang perlu ada tanda sempang selepas perkataan "gunung" kerana perkataan "ganang" tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang mempunyai maksud. | Tatabahasa | 16.03.2013 |
Selamat pagi, saya ingin penjelasan mengenai kata ganda separa dan kata ganda tunggal atau semu merangkumi maksud dan contoh yang sesuai | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu: Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda? | Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap. | Tatabahasa | 07.02.2013 |
Selamat sejahtera cikgu. Ada satu pertanyaan yang telah lama tidak saya endahkan, iaitu persoalan yang berkaitan dengan penggunaan huruf besar dalam kata ganda apabila kata ganda berada pada permulaan ayat. Telah difahami bahawa kata ganda mempunyai dua unsur, iaitu unsur pertama, kata dasar kata ganda tersebut, dan unsur kedua, kata dasar yang telah diulangi. Jika kata ganda seperti "negeri-negeri" berada pada permulaan ayat, huruf besar patut digunakan dalam unsur yang mana, sama ada unsur pertama sahaja, iaitu "Negeri-negeri", atau kedua-dua unsur, iatiu "Negeri-Negeri"? | Ejaan yang betul ialah "Negeri-negeri", hanya huruf pertama kata ganda ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 05.08.2014 |