Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih. | Kata Ganda Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut: anai-anai = اناي٢ baik-baik = باءيق٢ kupu-kupu = کوڤو٢ Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak. (i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut: mudah-mudahan = موده-مودهن zaman-berzaman = زمان-برزمان lama-kelamaan = لاما-کلاماءن (ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut: bolak-balik = بولق-باليق lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan: bersama-sama =برساما-سام bersuka-suka = برسوکا-سوک semata-mata = سماتا-مات | Lain-lain | 14.03.2022 |
Bagaimanakah menggunakan tanda sempang dalam kata ganda? | Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu: i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak. Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya: laki ---> lalaki --- >lelaki siku ---> sisiku ---> sesiku jari --- > jajari --- >jejari Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus . Terima kasih. | Tatabahasa | 08.02.2009 |
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama | Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal: laki - lelaki pohon - pepohon gelang - gegelang tikus - tetikus siku - sesiku Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' Jawapan daripada pihak tuan seperti berikut; Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. Namun saya sudah buat semakan semula, sila lihat muka surat 139, subtajuk Penggandaan berentak. Saya lampirkan bersama-sama muka surat dan bukti | Jawapan telah kami berikan semalam tentang kata ganda berentak kayu-kayan dan sedu-sedan. Kami perlu merujuk pihak yang berkenaan tentang lampiran yang tuan sertakan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' | Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. | Tatabahasa | 05.07.2021 |
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih. | Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik. | Ejaan | 10.03.2020 |
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokok | Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa? | Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi, simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain. | Tatabahasa | 04.07.2015 |
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon. ii. Penggandaan separa kata berimbuhan berlari = berlari-lari kenang= kenang-kenangan kuning = kekuning-kuningan Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.
| Tatabahasa | 03.10.2014 |
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat. | 1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia. 2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan. | Ejaan | 12.09.2008 |