Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganda kan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan antara sekali ganda dan dua kali ganda ? Kalau ikut kan , sekali ganda sepatutnya nilai yg sama (4x1=4 , 5x1=5 , 6x1=6) . While, dua kali ganda (4x2=8, 5x2=10, 6x2=12). Kenapa org start guna sekali ganda for dua kali ganda ? Maafkan saya, saya perlukan penerangan utk sejukkan hati yang selalu annoyed apabila baca headline "sekali ganda". Terima kasih :)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (misa lannya empat menjadi lapan)Makna21.04.2020
Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah.Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan.  Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan.  Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa22.05.2008
macam mana membina "lipat ganda"sebagai ayat??Lazimnya contoh penggunaan yang ditemukan ialah perkataan melipatgandakan (apabila menerima apitan me...kan dieja sebagai satu perkataan) seperti "Pekebun kecil telah dapat melipatgandakan hasil getah mereka".Tatabahasa11.01.2014
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan.
2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan.  Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.
3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina
4b) sayur-sayuran - kata ganda
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.02.2013
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018

Kembali ke atas