Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.da.an] | ݢنداءن

Definisi : 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da.an] | ݢنداءن

Definisi : hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan?kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan.Tatabahasa23.07.2007
Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar.Ejaan02.09.2016
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan dua perkataan, iaitu "memekik" dan "menjerit". 1) Adakah kedua-dua perkataan ini boleh menerima gandaan, iaitu "memekik-mekik" dan "menjerit-jerit"? Biasanya, dalam Kamus Dewan, jika sesuatu perkataan itu dapat menerima gandaan akan dinyatakan tapi sebaliknya bagi kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. Salmah Ibrahim.Perkataan memekik-mekik dan menjerit-jerit boleh digunakan, sama seperti perkataan terpekik-pekik dan terjerit-jerit. Lihat juga perkataan ciar, sama maknanya dengan memekik-mekik.Tatabahasa13.07.2010
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu.Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakanTatabahasa27.06.2008
Tuan, bolehkah "Tip-tip" digunakan? Tip-tip, gandaan bagi Tip, iaitu petua. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah petua (bukan tip). Petua boleh merujuk tunggal atau jamak, oleh itu tidak perlu digandakan menjadi petua-petua.Tatabahasa15.02.2012
Salam. Adakah boleh digandakan sebanyak dua kali perkataan gandaan di dalam satu ayat? Contoh: Baginda berangkat bersama sekalian pegawai-pegawai istana dan tentera-tentera berkuda untuk pergi berburu.Baginda berangkat bersama sekalian pegawai istana dan tentera berkuda untuk pergi berburu. Mengikut Kamus Dewan perkataan "sekalian" di sini telah membawa makna semua(nya) atau segala. Sekian, terima kasih.Tatabahasa25.06.2008
assalamualaikum. saya ingin tahu, jika dalam penulisan bagi perkataan gandaan (plural words) masih kah ditulis perkataan tersebut dua kali? Contohnya, syarikat-syarikat (plural utk companies) ditulis dgn "syarikat-syarikat" atau hanya "syarikat" sudah memadai?Waalaikumsalam,
Untuk makluman tuan, kedua-dua perkataan "syarikat" dan "syarikat-syarikat" boleh diguna pakai dalam ayat , tetapi bergantung kepada ayat tersebut juga. Namun, kebiasaannya digunakan "syarikat-syarikat" untuk menunjukkan banyak syarikat atau lebih daripada satu syarikat, seperti ayat "Mesyuarat mengenai penggabungan syarikat-syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin".
Lain-lain23.09.2014
istilah perkataan " kekunci"Istilah 'kekunci' terhasil melalui proses gandaan separa kata nama yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar, iaitu ku-kunci. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet menjadikan ku-kunci kepada kekunci.Tatabahasa03.03.2007
Adakah penggandaan boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? Contohnya"Jam di dinding berdetik-detik pada tiap-tiap minit."Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan.Tatabahasa12.04.2012
Selamat sejahtera. Soalan : 1. Baju itu mahal-mahal belaka. 2. Cikgu Aini mengajarkan Bahasa Melayu kepada mirid-murid tahun 6. Betul atau salahSalam sejahtera,

1. Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat  yang gramatis ialah "Baju itu mahal belaka".

2.  Ayat "Cikgu Aini mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6", sudah tepat penggunaannya.  
Tatabahasa15.08.2015
1234

Kembali ke atas