dilipatkaligandakan, dilipat kali gandakan, dilipatkali gandakan atau dilipat kaligandakan? yang mana cara penulisan yang betul? | Yang betul ialah melipatgandakan, dieja satu perkataan. terima kasih. | Makna | 27.11.2007 |
'saya akan melipat gandakan usaha saya demi mencapai cita-cita saya menjadi seorang guru'' adakah ayat di atas betul? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah "Saya akan melipatgandakan usaha demi mencapai cita-cita menjadi seorang guru''. Perkataan melipatgandakan perlu ditulis sebagai satu perkataan, manakala perkataan saya tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
Apakah kata kerja pasif diri pertama dan kedua bagi kata kerja transitif "melipatgandaakan" dan "menguatkuasakan"? Sekian, terima kasih. | Merujuk perbincangan dengan tuan melalui telefon tentang pertanyaan di atas, ejaan yang betul ialah lipat gandakan dan kuat kuasakan bagi bentuk pasif kata kerja diri pertama dan kedua. | Tatabahasa | 06.03.2009 |
Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad Shah | Ejaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua. | Ejaan | 11.03.2020 |