Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum; tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan bijirin atau buahnya (buahnya dijadikan tepung utk dibuat roti dll); terigu, Trificum sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sala. minta penjelasan..apakah kata honorifik yang betul bagi gelaran Dato' atau Datuk..? saya keliru sama ada Dato' Joseph Salang Gandum atau Datuk Joseph Salang Gandum?Untuk makluman tuan, Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, jika gelaran tersebut diperoleh daripada kerajaan Negeri Sarawak, maka gelaran yang betul ialah Datuk.Lain-lain17.05.2013
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih!1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 
2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 
3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa19.03.2012
Salam, saya dapati ada sedikit percanggahan antara jawapan yang diberikan di dalam PRPM ini dengan penerangan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mi hailam ditulis mi Hailam dan bukannya mi hailam seperti yang pihak tuan jelaskan. Adakah ini bermakna terdapat ejaan baru yang tidak dikemas kini di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Dan bilakah edisi yang terkini dan terbaharu akan keluar jika begitu? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada entri untuk mi hailam tetapi ada entri mi iaitu sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum).
2. masakan daripada mi; mi goreng, mi sup.

"mi goreng" ada di dalam entri Dewan Bahasa Edisi Empat dan frasa ini sama konsep dengan "mi hailam" yang ditulis dengan huruf kecil.
Tatabahasa16.01.2013
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009

Kembali ke atas