salam...maaf m'ganggu...saya pelajar dari upm ingin mengetahui maklumat tentang persatuan penulis selangor.saya sudah menghubungi pihaknya tetapi mereka tidak dapat berjumpa buat masa sekarang.tugasan saya itu perlu di hantar selewatnya hujung bulan ini.bolehkah sekiranya saya ingin mengetahui maklumat berkaitannya melalui dbp??topik bicara yg saya ingin tahu ialah sumbangan ,ltr blkg psatuan,aktiviti...sy mohon maaf,mohon makluman dgn kadar segera... | Saudara perlu berhubung terus dengan persatuan berkenaan, dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat berkaitan yang dapat membantu saudara. | Lain-lain | 10.02.2011 |
obsesi | Obsesi bermaksud sesuatu yang sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. | Makna | 17.05.2010 |
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafar | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 22.11.2016 |
Bolehkah 'mood' dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? Misalnya, 1. Minuman seperti teh herba boleh membantu kita memelihara mood yang baik. 2. Jangan ganggu ibu. Mood ibu tidak baik hari ini. Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana". | Tatabahasa | 07.06.2017 |
No. Permohonan 54874/2025 kenapa kena buang ayat PEMBERI PINJAM WANG BERLSEN sedangkan itu tajuk utama utk papan tanda tersebut. KPKT juga sudah maklum bahawa jangan ganggu ayat perkhidmatan kredit komuniti sahaja. Untuk tambahan ayat pemberi pinjam wang berlesen tiada masalah. Mohon beri kerjasama sebab saya dah telefon pejabat DBP banyak kali namun panggilan tidak pernah di angkat. | Kami ambil maklum tentang perkara tersebut. Iklan ini telah diluluskan. | Lain-lain | 03.06.2025 |
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia? | Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu memikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization. | Istilah | 20.04.2010 |
Salam, saya ingin bertanya adakah perkara seperti lampiran yang disertakan ini betul dan boleh digunapakai dalam urusan rasmi & adakah perkataan berikut dieja rapat atau sebaliknya: 1)gunatanah 2)maklumbalas 3)kacauganggu 4)sama atau sama ada | 1. Pembetulan yang telah dibuar seperti Lampiran adalah betul. 2. Guna tanah, maklum balas, kacau ganggu, sama ada | Ejaan | 21.09.2015 |
Manakah bahagian subjek dan predikat ayat ini? Cis, berani kauganggu saya! Siapakah budak itu? | Subjek merupakan sesuatu perkara atau hal yang diceritakan atau dibincangkan, manakala predikat pula merupakan ayat atau kata-kata dalam bentuk frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek ayat atau cerita. “Cis, berani kau” merupakan subjek dan “ganggu saya!” merupakan predikat. “Budak itu?” merujuk kepada subjek dan “Siapakah” merupakan predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 464 - 476 dan 480. | Tatabahasa | 05.02.2025 |
Salam. Saya ingin bertanyakan perkara seperti di bawah: a) Ianya @ ia boleh digunakan di permulaan ayat atau tidak b) Kacauganggu/ Garispanduan/Samada dieja rapat atau jarak c) 'Ramp' jika ditukarkan kepada Bahasa Melayu bermaksud tanjakan. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan tersebut (sila rujuk lampiran) Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. a) Perkataan yang betul ialah "ia", bukan "ianya". Perkataan "ia" boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Rumah itu besar. Ia diperbuat daripada kayu. b) kacau ganggu, garis panduan, sama ada c) Perkataan "ramp" bermaksud tanjakan atau landas iaitu pelantar, laluan jalan atau laluan pandu yang condong secara seragam. | Tatabahasa | 25.05.2015 |
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud sesuatu yang sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. | Makna | 04.11.2016 |