Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'? | Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang meÂnyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2019 |