Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tian] | ݢنتين

Definisi : sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, mohon pengesahan sama ada perkataan 'alternat' sama maksud dengan perkataan 'gantian.' Terima kasih.Perkataan ‘alternate’ boleh diterjemahkan sebagai ‘gantian’ bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya. Contohnya, berdasarkan istilah dalam bidang kejuruteraan, ‘alternate switching’ diberikan padanan dalam bahasa Melayu sebagai ‘pensuisan ganti’.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2021
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkuranganAyat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan.Tatabahasa31.10.2007
Earmarked - penggunaan perkataan sesuai untuk gantian dalam Bahasa MelayuKami mencadangkan istilah earmark atau earmarked diterjemahkan sebagai "tertindik" atau "diuntukkan". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.08.2022
Saya ingin memohon pandangan pihak DBP berkaitan gantian perkataan terbaik untuk 'Pelucutan'. Untuk makluman tuan, wujud tradisi dalam perkhidmatan TLDM untuk upacara Pelucutan Tauliah atau 'decommissioning' bagi kapal-kapal TLDM yang telah lama berkhidmat. Pada hemat saya, perkataan 'pelucutan' lebih bersifat negatif. Saya terpanggil untuk mencari nama baharu bagi majlis pelucutan tauliah yang lebih bersifat positif. Contohnya, majlis penyuraian jasa bakti atau apa-apa perkataan lain yang mungkin boleh digunakan bagi majlis yang dimaksudkan.Istilah decommissioning diterjemahkan kepada penyahtauliahan. Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. Tanggapan maksud sama ada positif atau negatif bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah22.06.2018
Adakah Czechia boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu sebagai gantian kepada Republik Czech? Terima kasih.Republik Czech merupakan terjemahan rasmi kepada Czech Republic. Sehubungan dengan itu, Republik Czech digunakan dalam konteks rasmi.Lain-lain27.04.2022
Saya ingin bertanya, adakah 9/10 boleh digunakan sebagai gantian kepada 9 daripada 10? Dalam konteks ayat ini, saya ingin membuat ayat perbandingan. Contohnya '9/10 pelajar sekolah di Malaysia memilih untuk membeli makanan di kantin daripada membawa bekal'. Adakah ia sama maksudnya seperti '9 daripada 10 pelajar....' Terima Kasih.Jika di dalam teks hendaklah ditulis Sembilan daripada sepuluh (9 daripada 10). Pecahan 9/10 ditulis dalam ayat matematik.Tatabahasa08.10.2012
Penggunaan perkataan "Otoriti" pada carta organisasi, adakah dibenarkan atau apakah perkataan gantian yang sebenar

Kami mencadangkan perkataan yang bersesuaian ialah “SUBUNIT AUTORITI DAN KOMPETENSI”. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk membuat carian dan semakan bagi penggunaan perkataan, makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Makna18.01.2024
adakah ["setengah penduduk" di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang] betul?Jika salah, apakah gantian yang sesuai?Setengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang - ayat ini kurang tepat kerana setengah bermaksud separuh atau seperdua, ayat yang betul ialah "Sesetengah penduduk di pedalaman Sarawak tinggal di rumah panjang" - sesetengah bermaksud sebilangan.Tatabahasa28.03.2010
pertukaran atau penukaran ?Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Makna03.02.2010
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan untuk istilah "poster boy" dalam konteks kempen politik? Adakah istilah "muka depan" boleh digunakan sebagai gantian? Terima kasih.Jawatankuasa Istilah Semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan istilah poster boy diterjemahkan sebagai "wajah poster". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah14.02.2022
12

Kembali ke atas