Melalui semakan kami, “refined salt” ialah “garam kilang”. Walau bagaimanapun dalam peruntukan ayat di bawah ini “refined salt” dipadankan dengan “garam bertapis”. Adakah padanan ini sesuai dalam konteks ayat ini. Table salt 284. (1) Table salt shall be refined salt. It shall contain not less than 97 per cent of sodium chloride on a water-free basis, food additive excluded and shall not lose more than 1 per cent of its weight on drying at 130°C. Garam halus 284. (1) Garam halus hendaklah garam bertapis. Ia hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97 peratus natrium klorida atas asas tanpa air, tidak termasuk aditif makanan; dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus daripada beratnya apabila dikeringkan pada 130°C. | Cadangan padanan yang sesuai digunakan dalam ayat bagi "refined salt" iaitu garam kilang ialah 'Garam halus hendaklah garam bertapis. Garam halus hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97% natrium klorida pada kadar tanpa air, tidak termasuk tanpa bahan tambahan makanan dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus beratnya apabila dikeringkan pada suhu 130°C.' | Makna | 01.07.2021 |
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam? | 1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air. 2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit. | Lain-lain | 27.02.2024 |
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut? | Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja". | Lain-lain | 08.09.2011 |
1. Adakah benar kata bilangan tentu tidak boleh diletakkan bersama-sama kata bilangan pecahan? Harap dapat jelaskan konsep yang harus diguna pakai. Yang manakah betul: 'Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam' atau 'Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku/setengah.' ? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.' atau 'Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Harga buku itu tiga setengah ringgit.' atau 'Harga buku itu tiga ringgit setengah.? Mengapa? Yang manakah betul: 'Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.' atau 'Sila bubuh dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali minum dua satu pertiga gelas air tadi.' atau 'Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.'? Mengapa? | Frasa yang betul ialah: 1. Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam. 2. Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari. 3. Harga buku itu tiga setengah ringgit. 4. Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu. 5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi. Rumus yang diikuti ialah nombor bacaan (1, 1/2 dan sebagainya) baru diikuti dengan unit kiraan (jam, kilometre dan sebagainya). | Tatabahasa | 28.03.2014 |
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda | Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
Adakah perkataan "Special dietary foods with low sodium content including salt substitute" diberikan terjemahan yang betul dalam ayat di bawah ini? Special dietary foods with low sodium content including salt substitute 393A. (1) Special dietary foods with low sodium content shall be foods with special dietary value as the result from the reduction, restriction or removal of sodium and include salt substitutes with low sodium content. Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam 393A. (1) Makanan diet khas yang mempunyai kandungan natrium rendah ialah makanan yang nilai diet khasnya terhasil daripada pengurangan, pengehadan atau penyingkiran natrium dan termasuk pengganti garam yang mempunyai kandungan natrium rendah. | Padanan bahasa Melayu “Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam” untuk ayat “Special dietary foods with low sodium content including salt substitute” adalah betul. | Makna | 22.07.2021 |
maksud perkataan ulum | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata alum bermaksud 1. layu (Jw)2. sejenis garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium(digunakan untuk membuat samak, bahan ubat,dll.),tawas. | Makna | 17.01.2008 |
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. | Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja. | Makna | 16.01.2010 |
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tq | Tidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut bertukar ganti dalam banyak keadaan. 1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya. 2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih. 3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak. 4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku. | Tatabahasa | 09.04.2014 |
Assalamualaikum. Bolehkah kita menggunakan dan lain-lain lagi atau dan sebagainya dalam penulisan/ peperiksaan ? Contohnya: 1. Dia membeli ikan ,udang,sayur, telur dan lain-lain lagi. (Guru saya melarang penggunaan dan lain-lain lagi kerana tidak dinyatakan dengan yang jelas apa sebenarnya lain-lain itu) 2. Aini memasukkan garam,gula ,rempah dan sebagainya ke dalam periuk itu. Terima kasih. | Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul penggunaan tatabahasanya. | Tatabahasa | 03.07.2017 |