garpu atau garfu yang tepat? | Ejaan yang betul ialah garpu. | Ejaan | 27.07.2009 |
fork = garpu atau garfu. terimakasih | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan perkataan fork dalam bahasa Melayu ialah garpu. | Istilah | 02.03.2010 |
Apakah ejaan yang tepat bagi perkataan garfu? | Ejaan yang tepat ialah garpu. Kata masukan garpu dalam Kamus Dewan Perdana: garpu alat yg bertangkai agak panjang dgn hujungnya bercabang dua atau lebih, dibuat drp logam, plastik dsb, yg digunakan utk memegang atau mencucuk makanan spt daging atau lauk. Semoga jawapan ini membantu tuan/puan. Terima kasih. | Ejaan | 14.05.2023 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan 'garpu' dan 'garfu' , yang manakah tepat dan boleh digunakan? Maklum balas tuan amat saya hargai. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah garpu. | Ejaan | 15.09.2014 |
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu.
| Ejaan | 14.07.2021 |