Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garispanduan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan 'Garispanduan' yang betul. Adakah 'Garis Panduan' atau 'Garispanduan'? Bahasa inggeris adalah 'guidelines'Ejaan yang betul ialah "garis panduan".Tatabahasa07.10.2009
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan.

Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan.

Lain-lain02.10.2010
Yang mana adalah betul garis panduan atau garispanduan?Ejaan yang betul ialah garis panduan.Ejaan09.07.2015
Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasanPihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP.  Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak,  dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya.Lain-lain09.07.2012
1. Adakah perkataan konservasi (conservation) atau pemuliharaan? 2. Yang mana satu betul, garispanduan atau garis panduan? diusahasilkan atau diusaha hasilkan? mengenalpasti atau mengenal pasti? Apa cara terbaik tahu atau peraturan mengenai perkataan-perkataan ini? 3. Yang mana satu betul, penzonan atau pengezonan?1. Terjemahan perkataan conservation ialah pemuliharaan, tidak ada perkataan konservasi dalam bahasa Melayu. 
2. Ejaan yang betul ialah garis panduan dan mengenal pasti. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk dieja sebagai dua perkataan, kecuali kata majmuk yang mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.
3. Ejaan yang betul ialah pengezonan.
Tatabahasa13.04.2012
Salam. Saya ingin bertanyakan perkara seperti di bawah: a) Ianya @ ia boleh digunakan di permulaan ayat atau tidak b) Kacauganggu/ Garispanduan/Samada dieja rapat atau jarak c) 'Ramp' jika ditukarkan kepada Bahasa Melayu bermaksud tanjakan. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan tersebut (sila rujuk lampiran) Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. a) Perkataan yang betul ialah "ia", bukan "ianya". Perkataan "ia" boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Rumah itu besar. Ia diperbuat daripada kayu.
b) kacau ganggu, garis panduan, sama ada c) Perkataan "ramp" bermaksud tanjakan atau landas iaitu pelantar, laluan jalan atau laluan pandu yang condong secara seragam.
Tatabahasa25.05.2015
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklanBikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP.Tatabahasa15.11.2011
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010

Kembali ke atas