[ga.rit] | ݢاريت
Definisi : kesan drpd membuat garis dgn benda tajam, gores;menggarit membuat garit, menggores; penggarit alat yg tajam utk membuat garit pd permukaan logam dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.rit] | ݢاريت
Definisi : Mn gerak;menggarit bergerak; menggaritkan menggerakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.rit] | ݢاريت
Definisi : kesan drpd membuat garis dgn menggunakan sesuatu yg tajam; kesan menggariskan sesuatu yg tajam. bergarit mempunyai garit; terdapat garit. menggarit membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. menggaritkan 1 membuat atau melukis corak dgn menggarit: Corak yg mudah biasanya digaritkan terus pd keping logam itu. 2 menggunakan sesuatu yg tajam utk membuat garit; membuat garit dgn sesuatu yg tajam: Dia ditegur kerana ~ dawai itu pd meja tulis. penggarit alat yg tajam drpd logam, kayu dll yg digunakan utk membuat garit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ga.rit] | ݢاريت
Definisi : perubahan keadaan atau tempat sesuatu benda; gerak. menggarit berubah keadaan atau tempat; bergerak: Malas ~ perut sakit. menggaritkan menjadikan bergerak; menggerakkan: Saya tidak dpt ~ tangan saya yg kebas ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)