Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kesan drpd membuat garis dgn benda tajam, gores;menggarit membuat garit, menggores; penggarit alat yg tajam utk membuat garit pd permukaan logam dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kesan drpd membuat garis dgn menggunakan sesuatu yg tajam; kesan menggariskan sesuatu yg tajam. bergarit mempunyai garit; terdapat garit. menggarit membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. menggaritkan 1 membuat atau melukis corak dgn menggarit: Corak yg mudah biasanya digaritkan terus pd keping logam itu. 2 menggunakan sesuatu yg tajam utk membuat garit; membuat garit dgn sesuatu yg tajam: Dia ditegur kerana ~ dawai itu pd meja tulis. penggarit alat yg tajam drpd logam, kayu dll yg digunakan utk membuat garit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garit I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera pentadbir PRPM, Berapakah maksud yang didukung oleh "gerak-geri"? Menurut Kamus Dewan (2005:461), bawah masukkan "gerak", kata tersebut tercatat sebagai ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) ~ langkah = ~ laku tingkah laku. Dengan erti kata lain, "gerak-geri" membawa dua maksud, iaitu (a) penggerakan badan dan (b) tingkah laku? Atau hanya satu maksud sahaja, iaitu (a) penggerakan badan. Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Gerak-geri ialah bermacam-macam gerak (badan).Tatabahasa19.01.2013

Kembali ke atas