soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat? | Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 13.03.2012 |
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay Seven | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksudĀ masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat. | Lain-lain | 05.02.2013 |