Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah kolokasi "menjalani gaya hidup sihat" betul?Kolokasi dalam ayat "Menjalani gaya hidup sihat.", betul.Tatabahasa27.05.2019
Tuan, yang manakah betul, "pandangan hidup" atau "pandangan kehidupan", "gaya hidup" atau "gaya kehuidupan"? "Live" perbuatan bahasa Inggeris yang sepadan dengan "hidup"; "life" pula nama "live" bahasa Inggeris dan setimbal dengan "kehidupan". "Kehidupan" bentuk nama bagi perbuatan "hidup". Jadi, saya berpendapat bahawa yang betul "pandangan kehidupan" dan "gaya kehidupan" kerana "gaya kehidupan" selari dengan "lifestyle". Jika kita menulis "gaya hidup, maka padanan dalam bahasa Inggeris "livestyle", ini tidak betul! Lebih-lebih lagi, kita hendak menerangkan gaya tentang hal hidup kita, seperti gaya tidur kita, iaitu pukul berapa tidur, adakah berjoging antara hal hidup (kehidupan) kita, pemakanan antara hal hidup kita, jadi "gaya kehidupan" ini termasuklah gaya kita makan, sama ada makan makanan sihat atau sebaliknya. Samalah halnya dengan "pandangan kehidupan" - pandangan tentang hal-hal yang berlaku semasa kita hidup, hal hidup. "Gaya hidup" membawa maksud yang salah, kerana "hidup" ada kaitan dengan keadaan ada nafas, maka "gaya hidup"lah gaya bernafas kita, gaya kita "ada nyawa" (hidup = ada nyawa), maka tidak sampailah maksud! Kehidupan = life, lifestyle = gaya kehidupan.Untuk makluman, gaya hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah "life style' dan pandangan hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk "worldview" atau "world outlook". Istilah ini telah digunakan dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak perlu ditukar kerana telah diterima dan telah mantap. Sekiranya puan tidak bersetuju dengan istilah tersebut, sila kemukakan pandangan puan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah16.12.2016
LIFESTYLE SIHAT & CANTIKTuan/Puan tidak mengemukakan kemusykilan tentang perkataan LIFESTYLE SIHAT & CANTIK”. Sekiranya kemusykilan berkenaan pengesahan bahasa yang sesuai, kami mencadangkan pembetulan kepada “Gaya Hidup Sihat dan Menarik” atau “Gaya Hidup Sihat dan Aktif”. Walau bagaimanapun, frasa tersebut bergantung pada produk yang hendak ditonjolkan.Tatabahasa29.08.2018
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
SALAM. saya ingin bertanya berkenaan frasa ini. 'Gaya hidup manusia membawa kepada perbezaan sikap dan sesebuah entiti masyarakat, satu analisa perbandingan novel Mencari Locus Standi dan Lantera Mustika karya Nisah Haron'. Soalan saya, adakah penggunaan perkataan entiti itu mengikut spesifikasi yang betul menurut DBP? jika tidak apakah frasa yang tepat untuk membetulkannya. terima kasih.Entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Frasa entiti boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi tidak perlu didahului penjodoh bilangan.Tatabahasa15.01.2013
adakah perkataan berganda untuk faktor-faktor masih digunakan contohnya faktor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup tidak sihat.Perkataan berganda "faktor-faktor" adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan "faktor-faktor"digunakan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya, kata "faktor" tidak perlu digandakan atau diulang.Tatabahasa04.01.2014
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru?Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas.Tatabahasa11.10.2011
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Selamat pagi, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah menepati hukum tatabahasa? Terima kasih. 1) Antara tingkah laku yang bersopan ialah menghormati orang tua. 2) Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil diet makanan yang seimbang.Ayat yang betul ialah
1. Antara tingkah laku yang sopan ialah menghormati orang tua.
2. Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah mengambil diet seimbang.
Tatabahasa23.07.2019
Bagaimanakah 'resort lifestyle' harus diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia?Tuan/Puan boleh kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Gaya Hidup Resort".Penyemakan dan penterjemahan03.09.2014
123

Kembali ke atas