Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Bevel Gear Hardening Press 2. Bevel Gear Lapping Machine Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Bevel Gear Hardening Press - Penekan Pengeras Gear Serong 2. Bevel Gear Lapping Machine - Mesin Canai Gear Serong | Istilah | 13.01.2016 |
Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan Coupling | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gear ialah gear, bearing ialah galas, inverter ialah penyongsang, hoist ialah pengangkat, burner ialah penunu, boiler ialah dandang, pulley ialah kapi, dan coupling ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.11.2022 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah 'Gear Shaving Machine.' Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "Gear Shaving Machine" ialah Mesin Kemasan Gear | Istilah | 14.01.2016 |
maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya. | Tatabahasa | 15.10.2011 |
HIGH TENSION SWITCH GEAR & TRANSFORMER ROOM | BILIK PERALATAN SUIS VOLTAN TINGGI DAN TRANSFORMER | Istilah | 03.03.2011 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1) Gap Bed Lathe 2) Servo-Slide Cut Off Lathes 3) Spline Rolling Machine 4) Chamfering & Deburring Machine 5) Gear Hobbing Machine Sekian, terima kasih. | 1) Gap Bed Lathe - Pelarik Landasan Boleh Laras 2) Servo-Slide Cut Off Lathes - Pelarik Potong Gelangsar Servo 3) Spline Rolling Machine - Mesin Gelugur Guling 4) Chamfering & Deburring Machine - Mesin Penyerongan dan Penyahgerigis 5) Gear Hobbing Machine - Mesin Pengehoban Gear | Istilah | 12.01.2016 |
7)Workers House /Store 8)TNB Sub-Station H.T switch gear room, transformer room, MSB room, generator room. 9)Workshop 10)Water Tank 11)Septic Tank | 7)Rumah Pekerja/Stor 8)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi,bilik transformer,bilik MSB,bilik generator. 9)Bengkel 10)Tangki Air 11)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
Adakah DBP mempunyai terjemahan untuk 'pitch' yang khusus untuk erti 'jarak antara bebenang skru atau gerigi gear'? | Kami mencadangkan "pitch" diterjemahkan sebagai "pic". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih. | 1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur. | Tatabahasa | 06.07.2012 |