Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan mega. Pihak kami bercadang untuk mengadakan program GEGAS MEGA. GEGAS adalah singkatan kepada perkataan Generasi Gadis Solehah. Jadi adakah sesuai untuk menggunakan perkataan mega tersebut? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mega bermaksud terlalu besar atau hebat. Pada pandangan kami, singkatan GEGAS tidak sesuai digunakan bagi frasa Generasi Gadis Solehah kerana perkataan gegas mempunyai maksud tersendiri. Puan hendaklah menggunakan frasa penuh untuk program tersebut, GENERASI GADIS SOLEHAH MEGA. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Hi, adakah perkataan "pergegasan" satu perkataan yang sah? | Perkataan "pergegasan" boleh dibentuk kerana perkataan dasar "gegas" boleh menerima apitan PER...AN untuk membentuk proses gegas. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut tidak meluas digunakan (tiada yang menggunakan) dan tidak dirakam dalam Kamus Dewan. | Lain-lain | 15.02.2019 |
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deret | Jawapan yang betul ialah berduyun-duyun. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C... | Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. | Tatabahasa | 11.07.2015 |
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas | Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. | Tatabahasa | 08.07.2015 |