Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lam] | ݢلم

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron; ~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lam] | ݢلم

Definisi : sj burung, burung pucung bendang, Ixobrychus cinnamomeus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lam] | ݢلم

Definisi : nama sj pokok yg mengeluarkan minyak kayu putih, Melaleuca leucadendron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelam

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada dua tiga perkara, yang pertama tidak mudah masuk air, yang kedua sukar diganggu oleh teritip, yang ketiga, tahan lama.Oleh kerana ia menggunakan bahan daripada kulit kayu gelam, bot akan bertahan sangat lama. Saya tidak tahu berapa puluh tahun ianya mampu bertahan, tetapi ia sangat lama. Bot-bot yang dibuat semasa saya kecil sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi. Begitulah istimewanya pengunaan kulit kayu gelam. Tetapi pokok gelam yang digunakan bukanya yang ada pada waktu sekarang, tetapi adalah kayu gelam asal yang lama, benihnya berasal dari sini. Kayu gelam ini kulitnya berbeza serta tahan lama. Kita mengharapkan generasi muda berminat untuk menyambung warisan dan tradisi nenek moyang kita sejak dahulu. Melatih anak-anak muda kita supaya minat dalam usaha membuat bot secara tradisional ini. Diharap ada pihak yang berani meneroka bidang ini dan menarik minat anak-anak muda kita dalam bidang ini.Kami menghargai perkongsian maklumat tersebut dan terima kasih kerana memggunakan laman web kndbp.gov.my.  Lain-lain24.11.2021
Beberapa puak asli di Temasik iaitu Orang Selat, Orang Gelam, Orang Kallang dan Orang Kelumang. Adakah semua nama suku ini perlu huruf besar?Nama puak orang Asli adalah kata nama khas dan dieja seperti yang berikut orang Selat, orang Gelam, orang Kallang dan orang KelumangLain-lain05.09.2017
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008

Kembali ke atas