Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap? | Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2015 |
Betulkah penggunaan perkataan ini digelapgelitakan | Gelap gelita bermaksud keadaan yang sangat gelap. Perkataan "digelapkan", "bergelap", dan "menggelapkan" merupakan antara contoh perkataan berimbuhan bagi kata dasar gelap. Oleh hal yang demikian, tiada perkataan "digelapgelitakan". | Makna | 25.03.2014 |
"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag) | Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata. | Pembinaan Bakat | 16.07.2012 |
Masa depannya kegelapan setelah terlibat dalam kes jenayah itu. (apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini?) | Penggunaan imbuhan ke-...-an untuk kata adjektif 'gelap' dalam ayat tersebut kurang tepat, ayat yang tepat ialah Masa depannya gelap setelah terlibat dalam kes jenayah itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun. | 1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul. | Tatabahasa | 19.06.2018 |
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih. | 1. Kain itu berlatar warna gelap. 2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu. 3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
salam hormat, saudara, yang manakah yang betul: 1. Pendingin hawa / Penghawa dingin 2. kata alu-aluan / kata-kata aluan 3. Awan yang gelap itu (mengandung air / mengandungi air) | Istilah/frasa yang betul ialah: 1. penyaman udara 2. kata alu-aluan 3. awan yang gelap itu mengandungi air | Istilah | 10.03.2009 |
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul. | A. Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah. B. 1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR. 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
| Lain-lain | 06.09.2015 |