| Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
| Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag) | Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata. | Pembinaan Bakat | 16.07.2012 |
| Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul. | A. Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah. B. 1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR. 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
| Lain-lain | 06.09.2015 |
| MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
| Apakah maksud “bebayang”, adakah perkataan ini wujud dalam kamus terkini? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bebayang bermaksud: bebayang 1. rupa seseorang atau sesuatu yang tidak jelas yang biasanya muncul atau kelihatan sepintas lalu sahaja; sinonim: bayang contoh penggunaan: Aku terpaku apabila melihat bebayang hitam yang pantas memasuki stor. 2. bahagian gelap pada bahagian bawah mata: contoh penggunaan: Gel itu dioles pada bahagian bawah mata untuk memudarkan bebayang yang ada. 3. puitis sinonim: bayang-bayang contoh penggunaan: Apabila matahari menumpahkan sinarnya, terbentuklah bebayang pohon nyiur di pasir pantai putih itu. | Makna | 25.12.2024 |