| Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen? | Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa. Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum. | Makna | 16.03.2025 |
| Saya telah merujuk soalan-soalan berkaitan istilah gelaran jawatan di laman web Khidmat Bahasa. Walau bagaimanapun, melalui jawapan yang telah diberikan, saya tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh, apakah gelaran Penolong Pengarah Kanan atau Penolong Kanan Pengarah yang lebih tepat? (Gelaran jawatan tersebut hanya sebagai contoh) Daripada jawapan soalan 1 (rujuk lampiran 1), didapati bahawa istilah yang tepat ialah Penolong Kanan Pengarah. tetapi dengan merujuk soalan 2 (rujuk lampiran 1), Penolong Pengarah kanan merupakan istilah yang tepat. mohon pihak tuan memberikan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini. terima kasih. | Berdasarkan amalan dalam sistem pentadbiran di jabatan kerajaan nama jawatan yang betul ialah Penolong Pengarah Kanan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Untuk makluman puan, kami sedang mengemas kini dan menyaring data Khidmat Nasihat Bahasa untuk menghasilkan jawapan yang tepat sebagai rujukan. | Tatabahasa | 07.10.2022 |
| Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara. | Istilah | 15.03.2013 |
| Salam sejahtera. Gelaran 'datin' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai 'datin' atau 'Datin'? Saya keliru kerana data PRPM menggunakan kedua-duanya. Yang mana yang tepat, ya? Terima kasih. | Perkataan datin ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika ditulis penuh namanya barulah menjadi kata nama khas seperti YBhg. Datin Aminah binti Ahmad. | Tatabahasa | 20.12.2019 |
| Apakah terjemahan bagi His Grace? Jika Yang Mulia, bukankah ia akan menjadi sama dengan His Highness? Mengapa His Excellency diterjemahkan kepada Tuan Yang Terutama, bukan Yang Terutama? Sepatutnya His Majesty juga diterjemah sebagai Tuan Yang Mulia jika begitu. Gelaran Emperor Emeritus bagi Maharaja Akihito diterjemahkan sebagai Atimaharaja, betulkah, atau gelaran itu diterjemah sebagai Maharaja Emeritus? Apa maksud Atimaharaja? Empress Emerita bolehkan diterjemah sebagai Maharani Emerita? His Majesty The King diterjemah sebagai Baginda Raja atau Paduka Raja? Apa bezanya? Bagaimana cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja seperti Raja Arab Saudi> Adakah KDYMM Raja Salman, Raja Arab Saudi atau DYMM Raja Arab Saudi Raja Salman? | Dalam konteks khusus budaya di Malaysia, saya sarankan tuan menghubungi pihak yang berikut untuk rujukan panggilan hormat Agong/golongan kerabat diraja atau orang kenamaan serta merujuk panduan rasmi protokol yang sahih - sama ada pihak Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, atau Jabatan Penerangan Malaysia, atau Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM). Hal ini disarankan kerana gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris ada hubung kait dengan autonomi istiadat pihak berwibawa, dan tidak mengguna pakai kaedah terjemahan literal. Dalam konteks umum, data kamus dwibahasa DBP menunjukkan terjemahan panggilan hormat Tuan Yang Terutama/Tuan Terutama (kedua-duanya sama) sebagai His Excellency adalah betul. Terjemahan His Grace ialah Yang Teramat Mulia, dan lazimnya penggunaan tersebut adalah dalam budaya bangsawan barat atau penggunaan khusus keagamaan selain agama Islam. Untuk pengesahan terjemahan Emperor Emeritus dan Empress Emerita, diterjemahkan sebagai Maharaja Emeritus, dan Maharani Emerita masing-masing adalah betul. Tiada kata Atimaharaja dalam data kami. Cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja luar seperti Raja Arab Saudi juga tertakluk pada sumber rujukan sahih kerana pemakaian panggilan hormat untuk raja atau pemimpin luar negara perlu mengikut protokol antarabangsa, serta tidak boleh disamakan dengan konteks Malaysia. Untuk itu saya sarankan tuan mendapatkan sumber rujukan daripada pihak yang dinyatakan tadi atau pihak kedutaan negara berkenaan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2025 |
| Salam Tuan. Jika gelaran untuk para sahabat nabi dieja sebagai Sayidina (menurut Kamus Dewan (edisi ke-4), apakah ejaan yang betul untuk panggilan bagi isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi Muhammad SAW? Saidatina atu Sayidatina? Tidak ditemui entri bagi ejaan ini dalam Kamus Dewan. Saya memohon kerjasama pihak tuan memberikan jawapan. | Tuan, perkataan tersebut "saidatina/sayidatina" tidak terakam dalam data kami. Maksud "sayidina" ialah tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin). Dalam bahasa Melayu, tidak terakam panggilan khas untuk isteri dan anak-anak Nabi seperti yang tuan nyatakan. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan ingin menggunakan panggilan khas tersebut dan dieja dalam bahasa Melayu, ejaannya ialah sayidatina. | Makna | 12.12.2018 |
| Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian? | Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian. | Makna | 05.07.2018 |
| Menurut maklumat dari laman web ini (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Yang+Dipertuan), Yang Dipertuan bermaksud gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku. Bagaimanapun, menurut Koleksi Pedoman Bahasa 2 (https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/BPKhas/INSTRUKSIONAL/KOLEKSI_PEDOMAN_BAHASA_2.pdf), Yang Dipertuan dianggap salah ejaan. Dengan ini, kekeliruan telah berlaku dalam kalangan pelajar. Persoalannya, adakah frasa Yang Dipertuan dianggap betul atau salah? | Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Sehubungan dengan itu, kandungan Koleksi Pedoman Bahasa 2 boleh digunakan sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang rasmi selain buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 08.06.2019 |
| Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi. Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
| Salam, s 1. Adakah penggunaan perkataan petender (merujuk kepada orang yang membeli tender) betul? Tolong juga jelaskan alasannya. 2. "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk" Betulkan penggunaan ayat ini? 3. Bolehkan perkataan YBhg Dato' ditulis dengan jawatan? Contohnya Dato' Ali adalah seorang Naib Presiden. Bila kita menulis kepada Dato' Ali, bolehlah kita menulis YBhg Dato' Naib Presiden? 4. Betulkah penulisan ayat ini: "Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu sahaja (RM6,000.00)? Alasannya? 5. Dalam pembinaan ayat yang melibatkan angka, bagaimanakah ayat itu ditulis? Empat (4) orang penjenayah atau 4 (empat) orang penjenayah? Alasannya? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. Oleh itu pemahaman saudara itu betul. 2. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk adalah betul. 3. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran bagi anugerah bintang atau pingat dan seumpamanya yang terletak di depan nama orang . Contohnya YBhg. Dato Ali, Naib Presiden Tenaga Nasional Berhad. 4. Ayat yang betul ialah Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak RM6,000.00 sahaja. (Ringgit Malaysia: Enam Ribu). Ini merupakan cara penulisan yang standard. | 5. Ayat yang betul ialah Empat orang penjenayah. Dalam sistem penomboran teks (ayat), angka 1- 9 perlu dieja penuh. Kekecualian hanya dalam penulisan data ataupun statistik yang menggunakan angka. | | |
|
| Istilah | 14.02.2010 |