Penggunaan istilah: Yg. Bhg. Datu (untuk negeri Sarawak) Betul atau tidak ejaan istilah tersebut untuk surat rasmi | Datu ialah gelaran kehormat di negeri Sabah, seperti YBhg. Datu Junaidi bin Haji Reduan. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
SALAM... APAKAH GELARAN UNTUK ENGKU, UNGKU DAN TENGKU. ADAKAH BOLEH DIGUNAKAN Y.M. (YANG MULIA) | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Soalan | Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu untuk anak raja atau untuk orang yang berketurunan raja. Yang Mulia ialah nama rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Syed, Raja, Engku, Ungku atau Datu. Ibnu ialah kata nama bagi anak lelaki. Kata ini biasanya berada pada pangkal nama seseorang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Ibnu Umar. Ibni juga merupakan kata nama bagi anak lelaki. Namun, kata ini biasanya berada di antara dua nama orang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Saidina Umar ibni al- Khattab. Kata nama yang betul bagi contoh yang diberikan ialah DYMM Raja Daud ibni Raja Talib. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 797, 2324 dan 2521. Bagi soalan 3 hingga 9, sila rujuk buku yang berkenaan. Antara buku yang boleh dirujuk ialah Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu. | Tatabahasa | 20.12.2024 |