Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPA | Gelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. | Lain-lain | 28.01.2014 |
Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat? | Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja. | Lain-lain | 13.01.2013 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih. | Encik Rosli, Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.? | Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk. | Lain-lain | 03.04.2014 |
tolong berikan rujukan hormat bagi ketua polis daerah dalam majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. teima kasih. | Kata sapaan hendaklah merujuk pangkat orang tersebut. Sekiranya orang tersebut membawa gelaran datuk, gelaran yang betul ialah Yang Berbahagia. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Apakah gelaran hormat kepada Ketua Jabatan atau seseorang yang yang mempunyai gelaran Dr. (Ph.d) dalam urusan surat menyurat rasmi. | Gelaran bagi Dr. untuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Tuan, Apakah perbezaan antara gelaran Dato' dengan Datuk? Saya pernah membaca Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa Dato' ialah gelaran daripada Sultan-sultan [ Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu] manakala Datuk ialah gelaran dari peringkat Persekutuan dan negeri-negeri Selat seperti PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Adakah benar? Sekian, terima kasih. | Kenyataan saudara adalah betul, Dato' ialah gelaran daripada Sultan, manakala Datuk ialah gelaran daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 03.06.2010 |
sala. minta penjelasan..apakah kata honorifik yang betul bagi gelaran Dato' atau Datuk..? saya keliru sama ada Dato' Joseph Salang Gandum atau Datuk Joseph Salang Gandum? | Untuk makluman tuan, Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, jika gelaran tersebut diperoleh daripada kerajaan Negeri Sarawak, maka gelaran yang betul ialah Datuk. | Lain-lain | 17.05.2013 |
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang? | Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua Negeri | Istilah | 24.06.2007 |