| Bagi individu yang mempunyai gelaran Pengiran pada permulaan nama nya, adakah panggilan hormat Encik bersesuaian? | Pengiran membawa maksud gelaran untuk keturunan tertentu dalam susur galur masyarakat Melayu Brunei-Darussalam. Panggilan tuan di hadapan gelaran Pengiran lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi, manakala dalam konteks tidak rasmi, panggilan Pengiran sahaja boleh digunakan. Oleh yang demikian, panggilan Encik tidak sesuai digunakan di hadapan perkataan Pengiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1666. | Lain-lain | 13.10.2025 |
| Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih. | Jika individu tersebut berkelulusan PhD, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum namanya. Jika nama ditulis sepenuhnya menggunakan huruf besar, ejaan DR. juga perlu ditulis menggunakan huruf besar. | Ejaan | 24.03.2017 |
| APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYA | Untuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long. | Lain-lain | 10.12.2010 |
| Salam sejahtera tuan. Soalan saya :Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih. | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. Contoh ejaan yang betul ialah Dr. Tengku Ali. | Lain-lain | 07.04.2017 |
| boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 06.03.2013 |
| Minta maaf tuan, jawapan yang tuan berikan tidak menjawab kemusykilan yang saya kemukakan keran soalan saya bertanyakan penggunaan huruf besar atau huruf kecil dalam pengggunaan "Dr." dalam surat rasmi. Harap tuan dapat meneliti soalan saya, iaitu "Adakah perlu gelaran 'Dr.' ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD?" Soalan 2: "Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya?". Terima kasih. | 1. Ya, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum nama penuh individu yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) ataupun doktor perubatan. 2. Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya, bermakna kesemuanya huruf besar - DR. AZMI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Azmi. | | Ejaan | 08.04.2017 |
| perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
| Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi. Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
| ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |