Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelarannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya keliru bagi penggunaan gelaran untuk keturunan Nik, adakah perlu menggunakan Yang Mulia atau tidak?Jika Nik yang dimaksudkan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan, sebaliknya jika Nik tersebut daripada kalangan kerabat diraja, gelarannya ialah Yang Mulia.Tatabahasa01.06.2011
Sekiranya seseorang pegawai itu mempunyai gelaran Datuk, adakah kita perlu menyatakan gelarannya dipangkal hadapan jawatannya. Contoh: jawatan beliau Ketua Eksekutif, adakah perlu dinyatakan sebagai Datuk Ketua Eksekutif dalam surat menyuratSekiranya surat tersebut ditujukan kepada Datuk, maka penulis hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada Datuk, iaitu Yang Berbahagia Datuk di awal surat. Jawatan seperti Ketua Eksekutif  ditulis selepas nama datuk tersebut di bahagian alamat.  

Contoh ;

YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa09.07.2013
Dalam penulisan buku, perlukah dimasukkan kata sapaan YBhg. di hadapan gelaran kehormat seseorang yang bergelar, contohnya, Dato', ATAU memadai dengan menulis gelarannya sahaja. Contohnya: Penulis mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' ABC yang sudi menyalurkan dana penyelidikan sebanyak RMXX bagi .........

Lazimnya dalam penulisan buku, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah,  Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... 

Lain-lain20.12.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah g betul untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah. Adakah gelarannya Chef Dr. (Nama) atau Dr. Chef (Nama)? Mohon penjelasan. Terima kasih.Penggunaan panggilan untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah, kelazimannya menggunakan kedudukan yang lebih tinggi dahulu baru diikuti dengan kedudukan atau pangkat yang lain. Contoh: Dr. Cef Redzuan HashimLain-lain03.12.2021
saya nak tahu tentang kerja Pekerja Am Khas

Sdr Fairuz,

Sebenarnya tidak ada jawatan Pekerja Am Khas di DBP. Jawatan yang gelarannya  hampir sama dengannya ialah Pembantu Am Pejabat (PAP), Pekerja Awam (PA) dan Pekerja Awam Khas (PAK).

Bagi jawatan PAP, tugasannya merangkumi kerja-kerja pengambilan, penerimaan dan mengedaran surat/barangan dalam pejabat, menerima/menyambut tetamu di kaunter, merekod surat/dokumen yang diteima/dihantar dan membantu dalam urusan pejabat yang lain.

Bagi jawatan PA dan PAK, kerjanya hampir sama iaitu membuat kerja-kerja rencam termasuklah mengemas/menyusun kerusi meja di bilik mesyuarat/bilik seminar, membawa/mengambil peralatan pejabat, membuat kerja-kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja rencam yang lain. Cuma PAK mempunyai tugasan tambahan iaitu menyelia kerja yang dibuat oleh PA.

 

Lain-lain08.02.2008
Assalamualaikum, saya nak bertanya . Keturunan sebelah mak saya , yaitu kepada moyang saya ada gelaran Syed dan ada gelaran Syarifah . Tetapi moyang saya yang gelaran Syed nie berkahwin dengan orang biasa sehinggakan gelarannya dibuang . Kenapa boleh menyebabkan gelaran tu dibuang ya ?Mohon maaf, soalan yang diberikan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.Lain-lain12.03.2025
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Apakah makna lengkap bagi Emiritus spt. Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penjelasan tepat bagi makna perkataan ini tidak terdapat dalam kamus-kamus DBP. Mohon dimasukkan dalam versi kemas kini akan datang.Untuk makluman, ejaan yang betul ialah emeritus. Dalam Kamus Dewan edisi keempat. maksud emeritus ialah seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan.  Profesor emeritus bermaksud gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.Makna06.03.2013
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
assalamualaikum w.b.t Mohon kepastian bagi tujuan gelaran untuk surat rasmi; adakah gelar pada permulaan surat tersebut digunapakai bagi merujuk kepada penama yang dialamatkan i.e Pengarah Jabatan (Dato') atau kepada pegawai yang bertanggungjawab (Encik/Puan)?Pada kelazimannya sapaan dalam surat berdasarkan penerimanya. Contohnya, penerima YBhg. Dato' Ali bin Ahmad, Pengarah Tanah dan Galian …, maka sapaan dalam surat hendaklah mengikut gelarannya, manakala sekiranya surat dialamatkan kepada Pejabat Tanah dan Galian, … 25990 Kuantan, Pahang. (u.p.: Encik Jasni bin Abas), maka sapaan surat hendaklah berdasarkan penerimanya, iaitu Encik Jasni bin Abas. Dalam contoh yang kedua, hanya untuk perhatian yang diberikan nama.Tatabahasa14.04.2021
12

Kembali ke atas