| Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan? | Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar 2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh | Tatabahasa | 14.08.2013 |