Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lin.tar] | ݢلينتر

Definisi : ; menggelintar berkeliling mencari sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelintar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna gelintarMakna gelintar ialah berkeliling mencari sesuatu.Makna17.04.2007
Tuan, apakah padanan dalam Bahasa Malaysia yang betul bagi perkataan "Search" dalam konteks Internet? Cth, "Search bar". Terima Kasih.Istilah bahasa Melayu untuk search ialah gelintar. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk search bar ialah bar gelintar.Istilah24.09.2012
Salam. Bolehkah saya dapatkan padanan terjemahan yang sesuai bagi Search for ExtraTerrestrial Intelligence (SETI) dalam bidang angkasa lepas. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Search for Extraterrestrial Intelligence (SETI)" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk setiap perkataan yang diberikan seperti yang berikut:
1. search - carian/gelintar
2. extraterrestrial - ruang angkasa/luar bumi
3. intelligence - risik
Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Carian Risik Ruang Angkasa.
Istilah14.01.2013
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.htmlUntuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. drop-down menu - menu ke bawah
2. drop-down list - senarai ke bawah
3. search field  - medan gelintar
Istilah17.04.2013

Kembali ke atas