saya sue ei sedang belajar bahasa malayu daser university fatoni ingin bertang Apekah makna gelombang terima kasih | Gelombang mempunyai banyak maksud, untuk maklumat lanjut rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gelombang. Tuan boleh menggunakan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan dalam ruangan carian spesifik tulis perkataan yang hendak dicari maknanya. | Makna | 03.11.2015 |
Ayat mana satukah betul? " Kawalan rantaian jangkitan terlalu lemah di Amerika Syarikat sehingga/hingga menyebabkan berlaku gelombang kedua." Adakah gelombang ketiga dikira had atau tidak tetap hadnya? Jadi "hingga" atau "sehingga" yang tepat. | Kata "hingga" dan "sehingga" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.12.2020 |
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Kami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami. | Tatabahasa | 28.01.2021 |
Salam sejahtera, saya membuat carian berkenaan dominant wave dalam PRPM kerana saya tidak pasto wave itu membawa maksud gelombang atau ombak. Namun, nampaknya kedua-dua istilah ini dicadangkan dan setahu saya gelombang dan ombak merupakan konsep berbeza. Huraian yang diberikan juga sedikit mengelirukan. Bolehkah saudara cadangkan istilah yang paling tepat daripada kedua-dua istilah ini? | Berdasarkan data dalam PRPM, kedua -dua istilah, iaitu ombak dominan dan gelombang dominan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "dominant wave". Oleh itu, penggunaan kedua-dua istilah tersebut bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 12.08.2016 |
Salam Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk yang di bawah ini betul? 1. Dishwasher-safe - Mesin basuh pinggan mangkuk-selamat atau selamat mesin basuh pinggan mangkuk 2. Microwave oven-safe - Ketuhar gelombang mikro-selamat atau selamat ketuhar gelombang mikro Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi dishwasher-safe ialah selamat untuk pembasuh pinggan mangkuk dan microwave oven-safe ialah selamat untuk ketuhar gelombang mikro. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2024 |
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang. | Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 17.10.2016 |
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih! | Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. | Sastera | 08.03.2012 |
Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2018 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
Saya ada menghantar soalan pada 13 Mac, tetapi jawapan yang diterima pada 15 Mac tidak tepat. Berikut adalah emel yang saya terima: Salam sejahtera Soalan : Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi Jawapan : Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my | Mohon maaf kami tersilap hantar jawapan untuk soalan lain. Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi boleh diterima sebagai terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2018 |