Soalan: Apakah terjemahan “asam gelugur” dalam bahasa Inggeris? Sering kali dijumpai dalam buku masakan dan di internet bahawa “tamarind slices” adalah “asam gelugur”. Ini sangat mengelirukan kerana istilah “tamarind” adalah merujuk kepada asam jawa yang datangnya dari pokok asam jawa, bukannya pokok gelugur. Harap DBP dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Tiada padanan yang tepat bagi istilah asam gelugur dalam bahasa Inggeris kerana istilah sumbernya merupakan istilah tempatan. | Istilah | 03.11.2023 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya tuan dapat berikan terjemahan yang sesuai bagi istilah berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine 2. Drift Spline Broaching Machine Sekian , terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Buta 2. Drift Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Hanyut | Istilah | 10.02.2016 |
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut | 1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah 2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.
3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui. | Tatabahasa | 07.08.2013 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1) Gap Bed Lathe 2) Servo-Slide Cut Off Lathes 3) Spline Rolling Machine 4) Chamfering & Deburring Machine 5) Gear Hobbing Machine Sekian, terima kasih. | 1) Gap Bed Lathe - Pelarik Landasan Boleh Laras 2) Servo-Slide Cut Off Lathes - Pelarik Potong Gelangsar Servo 3) Spline Rolling Machine - Mesin Gelugur Guling 4) Chamfering & Deburring Machine - Mesin Penyerongan dan Penyahgerigis 5) Gear Hobbing Machine - Mesin Pengehoban Gear | Istilah | 12.01.2016 |