1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena / sempena Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira / Ali berasa sangat gembira. 3. Bapa membawa kami sekeluarga/ keluarga saya / saya dan keluarga ke Zoo Negara 4Sekolah saya mengadakan hari sukan / Hari Sukan. | 1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira. Saya berasa gembira. 3. Ketiga-tiganya betul. 4. Sekolah saya mengadakan hari sukan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
ayat 1 : Ali bermian layang-layang dengan gembira di padang. ayat 2 : Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul ? Terima kasih. | Ayat "Ali bermain layang-layang dengan gembira di padang." dan "Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira." adalah betul. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Si'. Jika saya mahu membuat tajuk cerita Rama-Rama Yang Gembira, adakah perlu saya menulis sebagai Si Rama-Rama Yang Gembira? Terima kasih. | Kami mencadangkan puan menggunakan tajuk "Rama-rama yang Gembira". | Tatabahasa | 26.11.2013 |
Saya nak tanya sama ada kedua-dua ayat di bawah boleh diterima atau tidak. a) Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu. b) Saya sungguh gembira setelah mendengar berita itu. | Ayat 'Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu.' betul dan mematuhi tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.02.2007 |
SOALAN PERTAMA Ayat 1 Murid-murid bermain bola dengan gembira di padang. Ayat 2 Murid-murid bermain bola di padang dengan gembira. Bolehkah saya tanya adakah Ayat 1 atau Ayat 2 yang betul? SOALAN KEDUA Ayat 3 Penduduk kampung sedang membersihkan kawasan kampung. Ayat 4 Penduduk-penduduk kampung sedang membersihkan kampung. Ayat 3 atau Ayat 4 betul? SOALAN KETIGA Adakah saya harus menulis "mengulangkaji" atau "mengulang kaji" ? SOALAN KEEMPAT Ayat 5 Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan, dan ayam. Ayat 6 Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan dan ayam. Ayat 5 atau Ayat 6 betul ? Terima kasih | 1. Ayat 2 yang betul : Murid-murid bermain bola di padang dengan gembira. Tetapi sekiranya dibuang kata keterangan "dengan gembira" ayat anda menjadi lebih elok kerana dari segi logiknya orang yang bermain bola itu tidak ada yang sedih. 2. Ayat 3 Penduduk kampung sedang membersihkan kawasan kampung. Tambahkan kata "mereka" di akhir ayat. 3. "mengulang kaji" 4. Ayat 5 yang betul: Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan, dan ayam. | Lain-lain | 15.03.2009 |
Salam, betulkan struktur ayat ini " Mereka gembira kita mahu bersukan bersama-sama mereka". Sekian terima kasih. | Mereka gembira kerana kita mahu bersukan bersama-sama mereka. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya. penggunaan "sekali "dalam atay ini betul atau salah. | Ayat "Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan | 1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira. 2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me. 3. Ayat itu tidak lengkap. 4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
walaupun perasaannya tenat, di atetap berpura-pura gembira. (munsyi, adakah tenat betul dalam ayat ini? TK) | Perkataan "tenat" kurang sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan ialah "sedih". Walaupun berperasaan sedih, dia tetap berpura-pura gembira. | Tatabahasa | 11.08.2013 |