Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bercahaya terang-benderang, cemer­lang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya; kegemilangan keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bercahaya terang benderang. 2 ki baik atau berjaya sekali; cemerlang: Tentera Islam telah mendapat kemenangan yg ~. kegemilangan 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemilang

Puisi
 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Tamanah melukis Jalur Gemilang. 2)Tamanah melukis (gambar )Jalur Gemilang. 3)Tamanah mewarna Jalur Gemilang. 4)Tamanah mewarna( gambar )Jalur Gemilang. Adakah kesemua-semua ayat ini betul?1. Tamanah melukis Jalur Gemilang.
2. Tamanah mewarna gambar Jalur Gemilang.
Tatabahasa26.08.2013
Salam, saya ingin bertanyakan 2 soalan: 1) Saya ingin mengetahui penggunaan tanda bacaan yang betul untuk gelaran yang berikut: Tokoh Murid Peringkat Negeri Pahang @ tokoh murid peringkat negeri Pahang 2) Benarkah kita perlu menggugurkan perkataan 'bendera' untuk merujuk Jalur Gemilang?contohnya mewarnakan Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang. Terima kasihEjaan yang betul ialah Tokoh Murid peringkat negeri Pahang. Jalur Gemilang nama khas bendera kita, maka tidak perlu lgi ditulis bendera Jalur Gemilang.Tatabahasa01.06.2012
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang di salam slogan 'bahasa cemerlang, bangsa gemilang, negara terbilang'?Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang  hasil daripada kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang kehidupan.Makna03.03.2008
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini?Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam  pembinaan negara-bangsa terbilang.Lain-lain23.02.2008
Adakah ayat ini betul? Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas.Jawapan "Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas" adalah betul. Namun, jawapan yang lebih sesuai ialah   "Beberapa orang murid sedang menampal Jalur Gemilang pada dinding pentas", kerana perkataan "pada dinding pentas"  biasanya merujuk "pada bahagian dinding pentas tersebut".Tatabahasa31.03.2013
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul?Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang.Tatabahasa13.06.2012
gagah gemilangdua kataTatabahasa18.05.2007
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini?Bangsa gemilang bermaksud  bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan  bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar  mereka juga dianggap gemilang.Makna03.03.2008
adakah sangat gilang-gemilang betul?mengapakah ayat 'agenda mesyuarat adalah seperti YANG di bawah' perlu disertai dengan yang?

Perkataan gilang-gemilang sudah bermasud baik sekali, sangat elok atau bercahaya sangat terang. Oleh itu tidak perlu dibubuh perkataan "sangat".

Perkataan "yang" perlu ada pada frasa seperti yang berikut kerana perkataan seperti bukan kata nama oleh itu perlu ada kata hubung yang.

Tatabahasa16.08.2010
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul?Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah".Tatabahasa05.07.2011
12

Kembali ke atas