Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. macat, terhalang, terhenti (ke­majuan, pekerjaan, dll); 2. bantut, kerdil (pokok, orang, dll); menggencat menghentikan, membantut­kan; ~ senjata menghentikan tembak-me­nembak; menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka; tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu; gencatan; ~ senjata (perang) keadaan ber­henti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak diteruskan (ttg pekerjaan, serangan dll); terhenti. menggencat membuat supaya berhenti; menghentikan: ~ senjata menghentikan tembak-menembak (pertempuran, serangan dsb). gencatan hal menggencat; penghentian. ~ senjata perbuatan menghentikan tembak-menembak; peletakan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gencat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terma yang paling sesuai bagi "career stagnation" dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah career stagnation ialah gencat kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.06.2025

Kembali ke atas