Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.dang.gen.dang] | ݢندڠ٢

Definisi : sj selaput, kulit ari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang-gendang

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Satu juga gendang berbunyi.

Bermaksud :

Selalu sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025
Selamat sejahtera encik/puan, kecapi Cina/ kecapi cina gendang Cina/gendang cina kaligrafi Cina/kaligrafi cina yoyo Cina/ yoyo cina kata C (Cina) perlu ditulis huruf kecil atau huruf besar? minta penjelasan, saya berasa keliru, terima kasih.Perkataan Cina tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, kecapi Cina, gendang Cina, kaligrafi Cina dan yoyo Cina. Ejaan29.11.2022
Gendang berbentuk tirus. Pilihan jawapan: tirus, bujur, panjang dan bulat. Apakah bujur adalah pilihan yang paling tepat. Saya sertakan gambar sebagai rujukan. Terima kasih.Bentuk yang paling hampir ialah bujur. Tatabahasa20.05.2020
Gendang berbentuk tirus.Adakah betul jawapannya? Atau adakah bujur bentuk yang paling sesuai? Saya sertakan gambar untuk rujukan pihak dbp. Terima kasih.Bentuk yang paling hampir ialah silinder. Tatabahasa19.05.2020
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan gendang silat? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tidak terdapat makna khusus bagi istilah gendang silat. Makluman awal yang dapat kami berikan mengenai gendang silat ialah sebuah muzik tradisional masyarakat Melayu yang menggunakan gendang ketika perbuatan bersilat.Makna24.12.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan gendang besar dan ulat naik daun? Adakah kedua-duanya merupakan simpulan bahasa?"Gendang besar" ialah frasa nama yang bermaksud gendang yang besar. Ungkapan "ulat naik daun" tidak ada dalam sumber rujukan kami. dan tidak ada juga dalam senarai peribahasa. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ulat+&d=11 dan klik Kamus dan Istilah serta Peribahasa.Makna19.06.2012
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam..Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih.Tatabahasa28.09.2007
saya ingin menubuhkan satu kumpulan muzik yang berkonsepkan gendang jalanan seperti yang ada skarang iaitu drum simfoni malaysia..tetapi kami mempunyai masalh dalam pemilihan nama kumpulan tersebut.di harapkan pihak tuan dapt memberikan beberapa cadangan nama yang sesuai yang melambangkn malaysia atau pun kerimuran.. kerjasama dari pihak tuan amat laa kami hargai.. sekian terima kasih..Sekiranya pihak tuan mempunyai beberapa nama untuk kumpulan muzik ini yang melambangkan ketimuran, pihak kami dapat menyemak ejaan atau maksud dari segi tatabahasa untuk kumpulan ini.Lain-lain23.11.2007
Sila huraikan maksud perkataan di bawah secara terperinci: 1. Ketipang 2. Jagindas

1. Yang betul ialah ketipung, iaitu sejenis gendang kecil.

2. Jagindas, tidak ada dalam sumber rujukan kami.

Makna21.10.2008
"Assalamualaikum... Boleh saya tau maksud 'ketipang payung'? yang lagu arwah tan sri p.ramlee"Dalam pangkalan data DBP, tidak ada perkataan ‘ketipang’. Ada perkataan ‘ketipung’ iaitu sejenis gendang. Daripada pengamatan kami, terdapat juga pendapat yang menyatakan frasa ini bagi menunjukkan kasih sayang seperti ‘intan payung’.Makna07.05.2014
12

Kembali ke atas