APAKAH MAKNA PEMIKIRAN ISLAM DARI SUDUT PEMBANGUNAN NEGARA? APAKAH MAKNA PEMBANGUNAN MODAL INSAN ? KENAPA DIKATAKAN GLOBALISASI MAMPU MENGHAKIS JATI DIRI GENERASI MUDA? | Kami mohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas terhadap pertanyaan sdr. Hal ini kerana pertanyaan sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Dewan yang meliputi : Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 23.07.2010 |
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’ | Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.08.2016 |
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5? | Saudara, Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung" bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa. untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com sekian, terima kasih. | Sastera | 23.02.2011 |
Salam sejahtera, 1) Apakah beza antara "pelahiran" dan "kelahiran" iaitu "labour" dan "delivery". 2) Adakah menterjemahkan "fatigue" sebagai lesu atau "letih" tepat. Jika pembaca sasaran golongan ibu berpendidikan saya kira lebih baik buat pinjaman, iaitu kekalkan menjadi fatig. Terima kasih. Selamat mengundi 5 Mei nanti. Orang DBP baik belaka. | 1. Pelahiran ialah perihal atau perbuatan melahirkan seperti ayat pelahiran golongan pencinta muzik tradisional dalam kalangan generasi muda ... dan kelahiran ialah perihal keluar dari kandungan ibu seperti ayat pada saat kelahiran anaknya itu, Ani menangis .... 2. Terjemahan fatig ada digunakan tetapi khusus dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum fatigue diterjemahkan kepada penat, letih atau lesu. | Makna | 11.04.2013 |
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ? | saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih. | Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan. | Lain-lain | 26.09.2017 |
Ribuan terima kasih atas jawapan terperinci yang diberi. Sebenarnya soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan UPSR Pulau Pinang pada 8/7/2014. {__________ lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat.} Diberi empat jawapan pilihan. Anak saya memilih "apakah", tetapi jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah "apatah". (tetapi soalan tiada tanda soal di belakang. kalau kita guna apatah memang salah sebab apatah bermaksud apalagi, tetapi soalan sudah ada perkataan 'lagi') Tujuan saya ialah mengajar yang betul dan tepat kepada generasi muda kita. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ? | Pada pandangan saya, soalan yang dikemukakan agak mengelirukan. Sekiranya jawapan "apatah", adalah tidak tepat kerana berdasarkan maksud "apatah" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "lebih-lebih lagi" atau "apalagi". Perkataan "apatah" banyak digunakan dalam puisi seperti pantun, syair dan sebaginya. Begitu juga dengan "apakah", iaitu kata tanya yang bermaksud pertanyaan tentang sesuatu perkara yang biasanya ditandai dengan tanda soal (?) di penghujung ayat. Berdasarkan soalan tersebut, "apakah" ialah perkataan yang sesuai, tetapi tiada tanda soal pula di penghujung ayat. Sekian. | Tatabahasa | 15.07.2014 |
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? | Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas. Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian. | Lain-lain | 20.06.2010 |
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMAN | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini. | Tatabahasa | 16.02.2015 |