Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional | Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada, a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan) b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam) c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu) d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam) e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam) f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya) g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu) h. Kepustakaan Ilmu Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya) Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya. Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000) yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas. | Lain-lain | 22.10.2010 |
macam mana saya nak menceburi bidang penulisan | Jalan mudah untuk sdr. menceburi bidang penulisan ialah dengan menyertai mana-mana persatuan penulis berdaftar di kawasan/daerah tempat tinggal sdr. Pada kebiasaannya, persatuan-persatuan ini ada menganjurkan kursus-kursus penulisan (mengikut genre) secara berkala. Juga sdr. boleh melayari laman web DBP: http://www.dbp.gov.my dan laman web Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus penulisan yang akan dianjurkan oleh organisasi tersebut. Sekian. | Lain-lain | 13.06.2008 |
saya seorang yang langsung tidak berpengalaman dalam bidang penulisan. saya mahu memulakan penulisan tetapi tidak tahu cara bagaimana harus memulakannya dan kepada pihak mana hasil penulisan harus dihantar untuk terbitan. | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 20.05.2009 |
Assalamualaikum. Saya berminat untuk menulis buku. Apakah panduan penulisan buku yang boleh saya ikuti? Sekian. | Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke bahagian yang sesuai dengan cadangan pembinaan manuskrip Saudara, iaitu Bahagian Buku Umum (genre umum), Bahagian Buku Bahasa (genre buku bahasa), Bahagian Buku Sastera (genre sastera) dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan remaja (genre kanak-kanak dan remaja). Terima kasih. | Lain-lain | 07.04.2019 |
apakah bentuk dan gaya retorik? Apakah Retorik Lisan dan Penulisan dalam pelbagai genre? | Gaya boleh mambawa maksud cara menulis/mengarang atau bertutur dengan menggunakan kata-kata dan penyusunan ayat yang sesuai. Retorik (linguistik) merupakan kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Boleh juga merujuk seni menggunkan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato. Boleh juga merujuk bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan - bahasa retorik. | Lain-lain | 29.08.2006 |
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera. | Saudara yang dihormati, Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional. Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya. Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya. Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna, antaranya ialah buku Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006). Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan. Salam takzim. | Lain-lain | 15.10.2010 |
Saya seorang yg meminati bidang penulisan,bagaimanakah saya menonjolkn bakat saya ini?Apakah ada cara DBP membantu saya menggilap bakat dlm bidang penulisan? terima kasih. Anizah | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran dengan tempat/kawasan sdr. iaitu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. No. telefon : 088-439314, faks: 088-439732. Antara pegawai DBP Cawangan Sabah yang boleh dihubungi ialah Encik Nadin @ Maidin Haji Salleh (tel: 088-439260, e-mel: nadin@dbp.gov.my) atau Encik Noordin Zainal Abidin (tel: 088-439260, e-mel: noordinz@dbp.gov.my) Selamat berkarya dan berjaya! Salam. | Lain-lain | 21.09.2008 |
Assalamualaikum w.b.t Saya inginmendapat info tentang 1. Bengkel penulisan anjuran DBP pada tahun ini (2015) 2. Ingin tahu cara, bentuk dan genre penerbitan oleh DBP 3. terma penulisan dan royalti 4. Bengkel penterjemahan dan info kerja-kerja penterjemahan Sekian terima kasih. | Maklumat tentang kursus dan bengkel anjuran DBP boleh diperoleh melalui Akademi DBP dan Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned di talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my, dan Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah binti Murad di talian 03-21479000 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.04.2015 |
Saya merupakan seorang doktor pakar dalam bidang ortopedik, berminat dalam bidang penulisan. Sekadar ingin bertanya apakah pihak DBP menyediakan ruang untuk penulisan bahan perubatan dalam Bahasa Melayu? Sekiranya ada, apakah skop yang sesuai samada untuk bacaan awam atau penulisan ilmiah? Adakah perlu untuk mengikuti kursus tertentu sebagai kelayakan untuk menulis? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 05.01.2010 |
Sekiranya saya ingin menghantar manuskrip dalam bentuk genre puisi tradisional (sastera) adakah saya perlu menghantar kertas cadangan judul sebagaimana penulisan buku umum. Sekian, terima kasih. | Puan boleh menghantar terus manuskrip yang sudah lengkap itu kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Aras !0, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.12.2012 |